BAB 16 : Sepupu

2.1K 204 4
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 16 : Sepupu

Isnin, di pagi yang indah.

Zafrel tersenyum melihat Iman yang sudah mula menunggang basikal miliknya untuk ke sekolah. Lelaki itu sungguh kacak walaupun pakaiannya tampak selekeh ala-ala bad boy. Wireless earphone disumbat ke dalam telinga lalu lagu kegemaran dimainkan.

Baru sahaja Iman mahu memulakan tunggangan, Zafrel terlebih dahulu menghalang laluannya. Iman tercengang.

"Kau nak apa?" soalnya tidak sekasar selalu.

Dia perlu akui, dia amat berterima kasih pada jejaka itu. Dengan pujuk rayu Zafrel, ayahnya akhirnya membuat keputusan untuk tidak memindahkan dia ke private school untuk golongan elit.

Zafrel sengih. "Aku nak tumpang kau boleh?" soalnya.

Iman membuat muka jijik. "Naik basikal? Dengan aku? Kau nampak ni?" Iman terus menayangkan penumbuk. Lupakan segala jasa Zafrel tempoh hari. Dia tak sanggup tunggang basikal dengan adanya Zafrel di belakang.

Nanti orang ingat dia gay boy pula. Zafrel memasamkan wajahnya. Akhirnya dia membawa keluar basikal miliknya dari garaj. Iman mendengus kasar. Lembab betul dia ni.

"Kau lambat aku tinggal. Pandai-pandailah kau cari sekolah sendiri," kata Iman lalu meneruskan tunggangan.

"Woi Iman! Sabarlah dulu!" Zafrel melaung sambil terkial-kial memulakan tunggangan. Al-maklumlah, selama ini dia hanya naik bas luar untuk ke sekolah memandangkan ibunya bukanlah seorang yang berada.

******

Aku tiba di sekolah setelah beberapa minit berjalan dari perhentian bas. Kelihatan beberapa remaja lelaki keluar dari dua buah kereta yang berhenti di hadapan sekolah. Figura para jejaka itu tampak seperti orang berada. Sudahlah berada, kacak pula tu.

But hell, I'm more handsome than them.

Aku meneruskan perjalanan menuju pagar sekolah namun sesuatu menangkap perhatianku. Kelihatan sebuah figura yang amat dikenaliku sedang berhadapan dengan mereka. Di sebelahnya seorang lelaki nerd berkaca mata setia berdiri tepi.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Iman lebih kepada marah.

Zafrel pula sudah mula, "Weh janganlah."

Lelaki-lelaki itu memandang Iman tidak puas hati. Tanpa aku sedari seorang perempuan berselindung di belakang lelaki-lelaki itu. Tubuhnya agak kecil berbanding perempuan-perempuan di sekolah ini.

"Kau tak rindu kitorang ke Iman?" soal Thariq dengan senyuman sinis.

"Itulah. Dah bertahun tak jumpa, takkan tak rindu. And kau.. Zafrel kan? Dah lama.. tak buli kau! Hahaha!" Kali ini Harith pula bersuara.

Iman mengetap gigi. Zafrel pula memandang mereka seperti takut-takut. Ikhwan yang daripada tadinya hanya diam menarik bahu Iman dan Zafrel untuk membisikkan sesuatu.

"For your information, this dude dah buat perjanjian dengan ayah kau untuk biar kitorang awasi kau dekat sekolah supaya.."

"Supaya.." serentak Harith dan Thariq merespon.

"Supaya kau tak rapat dengan budak-budak liar," ujar Ikhwan lalu tersenyum sinis. Bahu Iman ditepuk perlahan.

Iman menjeling Zafrel. "Kenapa kau buat perjanjian bodoh ni?"

"Aku cuma nak buat kau happy.. aku tak sangka benda ni---" belum sempat Zafrel habis menjawab, Iman menumbuk wajah Ikhwan penuh geram.

Ikhwan tergamam. Perlahan-lahan dia mengungkap senyum sinis. "Dengar sini. Kitorang ni cousin kau. Kalau kau nak macam-macam kat sini, kitorang takkan lepaskan kau. And yeah.. Aku tahu, tu mesti salah sorang geng kau kan?" Ikhwan memuncungkan bibirnya ke arah seorang lelaki.

Iman pantas menoleh.

Aku melihat ke arah Iman. Mata kami bertentangan beberapa saat, sebelum dia mula menoleh ke arah lelaki itu semula. Aku menjadi hairan. Setahu aku Iman bukanlah seorang yang cepat menghamburkan kemarahan. Kalau aku yalah.

"Kau nak tahu apa jadi kalau kau still kawan dengan dia?" soal Ikhwan.

Iman memerhati jejaka di hadapannya itu. Bencinya dia melihat sepupu sendiri.

"Aku akan pastikan dia menderita. Kau ingat tu." Ikhwan ketawa sinis. Berdesing telinga Iman dibuatnya.

Aku yang daripada tadi hanya memerhati dari jauh mula bertindak untuk mendekati mereka. Setibanya aku di sana, aku menepuk bahu Iman lembut sebelum bertanyakan soalan.

"Kata pindah?" soalku kehairanan.

Pertanyaanku dibiar tergantung sepi untuk beberapa saat. Aku melihat wajah Iman ketika itu. Dia seperti marah namun sedaya upaya menahan amarahnya itu. Al-maklumlah Iman putih orangnya. Marah atau malu, itu amat mudah untuk dikesan.

Tangan aku yang tadinya berada di bahu Iman ditolak kasar. Aku tersentak melihat perubahan drastik jejaka itu. Iman memandang aku dengan riak marahnya.

"Kau jangan sentuh aku, budak setan," ujar Iman dengan nada mendatar.

Tanpa menunggu balasan daripada aku, dia terus melangkah masuk ke dalam sekolah bersama seorang lelaki berkaca mata di sebelahnya. Aku tergamam. Apa salah aku sehingga aku dilayan sebegini?

"Err Farish kan? Aku Ikhwan." Persoalan yang datang bertimpa-timpa di benak fikiran akhirnya bertebaran di udara tatkala seorang lelaki bernama Ikhwan mengenalkan dirinya. Ikhwan menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan denganku namun tidak disambutku.

"Apa kau cakap dengan kawan aku ha?" soalku geram.

"Cakap apa? Kau fikir aku hasut dia untuk tak kawan kau ke? Dia yang tak nak kawan dengan kau," ujar Ikhwan sinis seraya menarik semula tangannya masuk ke dalam poket seluar.

"Kau tak dengar ke apa yang dia gelar kau tadi? Budak setan! Sape je nak kawan dengan budak setan," ujar lelaki di sebelah Ikhwan yang bertag nama 'Thariq'. Dia melemparkan senyuman sinis kepada aku.

Aku membalas dengan senyuman maut. "Aku tak tahu korang ni siapa tapi aku---"

"Kami ni sepupu Iman," seorang perempuan di sebalik Ikhwan bersuara.

Aku melihat tag namanya. 'Amirah Najwa'. 'Sepupu?' aku tercengang. Iman tak pernah cerita dia ada keluarga dekat sini. Katanya semua ahli keluarga serta sanak-saudaranya berada di kampung ; Brunei. Dia sahaja sesat di Kuala Lumpur.

"Daripada layan budak setan better masuk sekolah." Lelaki bernama Harith di sebelah Ikhwan itu berlalu pergi. Sengaja dia melanggar bahuku semasa beredar.

Jejak Harith diikut oleh tiga orang yang lain. Aku berdecit geram. Sedari tadi Amirah asyik memandang ke arah aku. Apabila aku turut memandangnya, dia cepat-cepat berpaling. Aku hairan.

"Biarlah."

******

TBC

Diedit semula pada 24 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now