BAB 46 : Man That I Love

2K 216 34
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 46 : Man That I Love

Sweater berwarna merah jambu lembut miliknya yang tergantung di dalam almari disambar sekilas lalu disarung menutupi lengan yang terdedah. Dia hanya mengenakan tudung bawal berwarna hitam kerana malas mahu melilit shawl di kepala. Usai bersiap, dia pun keluar daripada bilik.

Kelibat Farish di ruang tamu kelihatan bersama Iman. Mereka berdua sedang membuat kerja sekolah bersama-sama. Faiqa tersenyum senang melihat sikap Farish yang kini rajin membuat kerja tanpa disuruh. Disebabkan dia lama digantung sekolah, maka bertimbunlah kerja sekolah jawabnya.

"Nak pergi mana tu?" Aku yang baru sedar akan kehadiran Faiqa disitu lantas menegur.

"Nak pergi beli makanan dekat bawah. Awak nak makan apa-apa?" soal Faiqa dengan muka polos.

Jari aku mengusap dagu sambil berpura-pura berfikir. "Apa-apa jelah."

"Teh-O ais and nasi goreng Kampung satu." Suara Iman kedengaran. Sesuka hati dia sahaja memberi pesanan kepada Faiqa.

"Belilah sendiri. Saya tanya husband saya je."

"Ewah ewah. Aku mengadu dekat Syafiq nanti. Kau tengoklah." Bengang Iman dibuatnya. Aku menggeleng kepala. Pening aku melihat mereka bergaduh.

"Dah dah. Pergi laa beli makanan. Elok-elok," nasihat aku.

Faiqa mengangguk sebelum melangkah keluar daripada rumah. Mata aku masih memandang pintu. Belum sempat fikiran aku menerawang dengan lebih jauh, Iman terlebih dahulu memukul kepala aku agar kembali pada tempat asalnya.

"Dia pergi sekejap je pun. Tak payahlah pandang pintu tu macam nak tembus. Meluat aku tengok." Perlian Iman itu membuatkan aku mengetuk kepala dia kembali. Mengaduh kesakitanlah dia dibuatnya.

Telefon di meja berdering. Mata aku tertumpu pada dua buah telefon yang masing-masing berwarna hitam dan emas. Ternyata deringan itu datangnya daripada telefon bersarung warna emas milik Iman.

"Iman, telefon kau tu," kataku sambil menjuihkan mulut ke arah telefonnya.

Tanpa menunggu masa yang lama, Iman terus mengambil telefonnya yang masih berdering. Sengaja aku menumpukan perhatian padanya ketika dia menjawab panggilan itu. Riak wajah lelaki itu yang berubah seratus peratus itu menimbulkan berbagai-bagai persoalan di dalam benak fikiran aku.

"Siapa?"

"Someone unimportant."

******

"Tunggu ya sekejap ya, dik."

"Baik," akur Faiqa. Sementara menunggu makanan dimasak, dia pun duduk di sebuah meja berhampiran dengan kaunter pembayaran. Filem yang ditayangkan di televisyen berjaya menarik perhatiannya yang jelas kebosanan.

Ketika dia mulai khusyuk menonton filem, makanan yang dipesannya tiba. Faiqa pantas membawa makanan tersebut ke kaunter pembayaran untuk membayar harga makanan itu. Ketika itu seorang lelaki baru sahaja selesai melakukan pembayaran kelihatan di kaunter.

"Macam kenal," gumam Faiqa.

Lelaki itu masih berdiri di kaunter untuk menyimpan baki wang ke dalam dompet. Tanpa menghiraukan kehadiran lelaki itu, Faiqa membawa keluar sejumlah wang daripada poket lalu diserahkan kepada pekerja di kaunter.

"Eh, awak Faiqa kan?" soal lelaki itu sambil memandang ke arahnya.

Bingung Faiqa dibuatnya apabila melihat ketua pengawas berada di situ. 'Macam mana Aryan boleh ada dekat sini pula?' Hatinya mula tertanya-tanya. Patutlah macam kenal, rupa-rupanya memang kenal pun.

"Ya, saya. Awak buat apa dekat sini?" Pertanyaan Aryan dibalas dengan pertanyaan daripada Faiqa pula.

"Saya saja turun makan. Dekat rumah tu dah tak ada makanan, tu yang turun. Awak pula?" Senyuman manis menghiasi wajah Aryan tatkala berbicara bersama buah hatinya. Maklumlah, sudah agak lama dia tidak berbual bersama gadis itu.

"Ouh, macam tu. Saya pun macam awak." Faiqa membalas dengan senyuman nipis.

Belum sempat Aryan membuka mulut lagi, suara pekerja di kaunter terlebih dahulu memintas. Baki wang diserahkan kepada Faiqa setelah bergelut mencari duit kecil. Faiqa mengucapkan terima kasih sebelum meminta diri.

"Eh awak!"

'Aduh, apa lagi lelaki ni nak?' Gerutu Faiqa di dalam hati.

"Ya?"

"Awak tinggal dekat mana? Baru pindah sini ya? Selama ni saya tak pernah nampak awak pun," ujar Aryan sekadar menduga.

"Dekat pangsapuri tu." Jari telunjuk Faiqa menuju ke arah pangsapuri berwarna putih emas yang terletak bersebelahan dengan Hospital Sentosa. 

"Seriuslah?"

Faiqa mengangguk. Sungguhpun dia berasa jengkel dengan sikap lelaki itu, namun dia tetap melayan Aryan dengan baik kerana perasaan serba salah akan menghantui diri sekiranya orang lain berjauh hati dengannya.

"Saya tinggal dekat sana juga. Tingkat berapa? Bolehlah saya datang rumah awak hari-hari. Pergi sekolah sama-sama ke," ujar Aryan sambil ketawa senang. Pelbagai rancangan bermain-main di dalam fikirannya dalam usaha menawan hati si Faiqa.

Faiqa mendengus di dalam hati. 'Haish mamat ni dah kenapa? Aku dah ada suami lah! Buat apa aku nak ke sekolah dengan dia,' bisik hati kecilnya. Semakin lama semakin jengkel pula dia dengan sikap lelaki itu.

"Urmm, tingkat atas sekali."

Aryan terkejut. "Tingkat atas sekali? Setahu saya yang duduk tingkat atas sekali ni golongan kaya raya. Wah!"

Ya Allah, melebih-lebih pula reaksi dia. Faiqa hanya mampu mempamer senyuman senget. "Kalau macam tu, saya balik dululah. Assalammualaikum!"

"Ehh kejap. Kalau harini saya nak ke rumah awak boleh? Kita kan jiran?"

Putus asa.

Faiqa benar-benar malas mahu melayan karenah jejaka itu lagi. Kakinya banyak kali melangkah untuk beredar daripada situ namun acap kalinya mengundur semula.

"Buat pengetahuan awak, saya tinggal dekat sana dengan suami saya. Saya pasti awak kenal suami saya. Lelaki yang awak gelar 'Budak Setan' itulah suami saya. Farish Adham, lelaki yang awak aniaya selama dia berada di sekolah. Sorry but I have to say this. The only man that I love is my husband and not you. Can you stop doing this?"

******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now