BAB 53 : Selamat Tinggal

2.9K 206 50
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 53 : Selamat Tinggal

Encik Fahmi menukar saluran TV yang ingin ditontonnya tika itu. Kalau ada si Faiqa, sudah tentu mereka akan berebut alat kawalan jauh. Al-maklumlah, drama Chinese kegemarannya disiarkan pada waktu berita TV3 berlangsung.

Faiwa yang turut duduk bersama dengannya sekali sekala melihat ke arah TV. Pandangannya bersilih ganti dengan telefon pintar di tangan. Fazimi yang baru selesai mandi selepas pulang daripada tempat kerja terus mengambil tempat di sebelah adiknya itu.

"Hui anak dara! Asyik main phone je kerja. Pergi tolong umi dekat dapur lagi baik. Dapatlah juga pahala," tegur Fazimi sinis. Kusyen di sofa itu dihempuk ke muka Faiwa tanpa menghiraukannya.

"Sibuklah abang ni."

"Tak payahlah Imi. Umi dah siap buat air dah pun. Kalau nak suruh adik kamu ni tolong umi dekat dapur tu memang sampai ke sudahlah tak tolong. Harap je pelajar cemerlang tapi soal masak, apa satu pun tak tahu." Puan Zafira datang ke ruang tamu dengan menantang dulang berisi air teh di dalam jag dan beberapa keping biskut.

Faiwa menjeling. Bernanah telinganya apabila terpaksa dengar bebelan umi dan abang sulungnya setiap masa. Kalau tiada umi, maka abangnya yang akan membebel. Kalau kedua-dua bergabung, mahu pitam Faiwa dibuatnya.

"Diamlah sikit, abah nak dengar berita ni." Encik Fahmi menguatkan lagi volume TV.

Suara pembaca berita itu kedengaran kuat di corong telinga. Puan Zafira meletakkan dulang itu di atas meja yang bertentangan dengan TV. Cawan-cawan di atas dulang disusun, kemudiannya teh dituang ke dalam. Entah di mana silapnya, teh panas itu terkena tangannya. Automatik pegangannya pada tangkai jag itu terlepas, menyebabkan ia pecah.

"Aduh!"

"Sayang ok ke tak ni?" Encik Fahmi terkejut. Wajahnya jelas mempamer kerisauan.

"Saya ok. Entah kenapa tiba-tiba rasa tak sedap hati," ujar Puan Zafira sambil mengusap dadanya yang tiba-tiba berombak kencang.

Berlari-lari anak Fazimi ke dapur untuk mengambil anak sejuk. Faiwa pula membantu ibunya itu untuk mengemas kaca yang sudah berderai di atas meja. Auch! Tangannya pula yang terkena kaca.

Apa benda yang jadi ni?

"Berita terkini, salah sebuah bas yang terdiri daripada pelajar dan guru jatuh menjunam ke dalam gaung disebabkan hujan turun dengan lebat. Sebanyak empat puluh orang penumpang disahkan meninggal dunia, lapan orang tercedera parah, dua orang hilang."

"Itu bukan ke bas yang Farish dengan Faiqa naik? Untuk pergi berkhemah tu?"

Pertanyaan Faiwa tergantung sepi. Mereka berempat kaku selepas menonton berita yang disiarkan di kaca televisyen. Tidak lama kemudian, mereka menerima panggilan daripada pihak hospital.

'Always happy' doesn't exist in human's life.

******

Pandangan aku samar-samar. Kepala aku yang tadinya terhantuk kuat pada batu sudah berbalut kain kasa. Tidak seperti drama Melayu yang lain, ingatan aku terhadap orang sekeliling masih kuat walaupun terhantuk batu.

Orang pertama yang aku nampak, umi dan abah. Kedua-dua ibu bapa mertua aku kelihatan murung. Malah, abang dan kakak ipar aku juga dalam keadaan berduka. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

'Mana Faiqa?'

"Abah.. umi.."

"Farish!" Mereka semua segera mengangkat muka tatkala terdengar bibirku berucap.

"Mana isteri saya?"

Pertanyaanku itu membuatkan semua yang ada di situ terdiam. Aku sedar umi sudah teresak-esak menangis, diikuti oleh Faiwa yang julung-julung kalinya aku lihat menangis.

"Abah nak kamu kuat Farish. Walau apa pun yang jadi, kamu mesti janji dengan abah yang kamu akan relakan ketentuan takdir ni." Menitis jua air mata kelelakian Encik Fahmi tika itu. Fazimi memusingkan tubuhnya ke arah lain. Esakan kecil kedengaran.

"Apa yang jadi pada isteri saya abah?" Aku semakin tidak sabar. Cemas di dada kian berombak.

"Sebenarnya.. Faiqa disahkan meninggal dunia dalam kemalangan tu."

Apa?

Ya Allah. Dunia aku seakan berputar. Walaupun tubuh aku terasa sakit, aku paksa juga diri untuk bangun. "Farish tak percaya. Faiqa masih hidup! Tak kelakar tau kalau korang bergurau macam ni. Farish tak percaya!" Aku mula bengang.

Aku berharap semua ini tidak benar. Katakanlah... semua ini hanyalah gurauan. Katakanlah.. yang buah hati aku masih bernafas di bawah langit yang sama.

Puan Zafira membawa keluar sweater berwarna merah jambu yang sudah dicemari darah dan tanah daripada beg tangannya. Sweater itu dihulurkan kepada aku.

"Pihak hospital call umi tadi. Salah satu daripada empat puluh orang mangsa kemalangan tu Faiqa."

Dunia aku mulai gelap. Jantung aku seakan berhenti mengepam darah buat seketika. Segala-galanya terasa kaku dan tidak bergerak.

Setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati.

Dan dia..

Selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, bersebelahan dengan pusara arwah ibu dan abang.

******

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

******

TBC

Budak Setan : Farish Adham ✓On viuen les histories. Descobreix ara