BAB 12 : Terima Kasih Awak!

2.4K 225 18
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah
°
°
°
°
°~°

BAB 12 : Terima Kasih Awak!

Faiqa menolak troli yang dipenuhi dengan barang keperluannya ketika berpindah nanti. Langkahnya terhenti tatkala melihat sebuah patung yang mengenakan pakaian seragam sekolah. Kalau mahu difikirkan balik, dia teringin mahu kembali ke sekolah semula.

Namun, keadaannya kini seperti tidak mengizinkan. Faiqa mengeluh perlahan. Terkilannya dia apabila teringatkan segala perbuatan ibu dan bapanya tempoh hari. 'Tergamak umi dan abah buang aku dari keluarga,' bisik hati kecilku.

Tatkala dia mengelamun sendiri, sesuatu dicampak masuk ke dalam troli yang ditolaknya. Faiqa memandang ke arah pakaian seragam sekolah itu sekilas sebelum memandang Dahlia.

"Kenapa beli ni?" soalnya kehairanan.

"Kau tak nak sekolah balik ke?" soal Dahlia pula. Dia berpeluk tubuh sambil memandang Faiqa.

Faiqa menggeleng perlahan. "Bukan macam tu. Kalau saya sekolah, macam mana saya nak bayar yuran sekolah? Umi dan abah saya dah daftar keluar saya dari sekolah tu."

Dahlia tertawa kecil. "Laa itu aku boleh settle la. Aku boleh bayar yuran sekolah kau. Jangan risau," katanya sambil tersenyum.

"Serius la?"

"Serius. Bayar aku balik bila kau dah kaya nanti eh." Dahlia ketawa.

Faiqa mengangguk sambil tersenyum lebar. "Terima kasih awak!" Pelukan erat terus dihadiahkan kepada Dahlia. Bingung wanita itu dibuatnya.

"Eh apa peluk-peluk ni? Tak malu ke orang tengok?" ujar Dahlia. Dia menutup wajahnya kerana malu dengan perilaku si Faiqa. Hampir semua orang disitu memandang ke arah mereka.

Faiqa sengih lebar. "Biarlah diorang ada mata. Janji kita bahagia."

"Yelaa weh."

******

Aku keluar dari bilik kaunseling. Akma tak pernah puas menjatuhkan hukuman ke atas aku. Ajak bertumbuk jantan tu. Aku mencarut dekat cikgu sikit je pun. Soft-heart betul cikgu tu.

"Saya tak nak kamu ulangi lagi kesalahan ni." Akma memberi amaran.

Aku memandangnya. "Ada aku kisah?"

Akma mendengus kasar. Aku boleh nampak amarahnya meningkat pada tahap maksima. Habis merah muka putihnya menahan kemarahan.

Sebaik sahaja aku keluar dari bilik itu, aku ternampak seseorang. Macam aku kenal, tapi di mana ya? Aku sendiri tidak pasti.

"Terima kasih ya, kak."

Aku hanya memerhati perempuan itu dari jauh. Seorang wanita dalam lingkungan 20-an menemani perempuan itu.

Baru sahaja aku mahu melangkah ke arah mereka, bahagian belakang baju aku ditarik. Nasib baik tidak koyak. Aku memandang Syafiq. Beg sekolah aku yang berada dalam rangkulan Syafiq cepat-cepat diambil.

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now