BAB 11 : Make 'em Divorce

2.4K 229 6
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 11 : Make 'em Divorce

Telefon dicas semula menggunakan pengecas milik Dahlia. Malam ini merupakan malam terakhir dia menginap di rumah wanita itu memandangkan dia sudah menemukan sebuah rumah sewa untuk didiami.

"Ada miss call." Faiqa melihat paparan skrin telefon bimbitnya. Beberapa panggilan muncul sebagai notifikasi selepas dia gagal menjawab sebentar tadi.

"Faiqa, kau dah makan malam ke belum? Kalau kau nak makan, aku sediakan lauk dekat meja makan," seru Dahlia dari ruangan dapur.

Faiqa pantas menutup telefon dan berniat untuk membuat panggilan semula pada keesokan hari. Dia terus berlari anak ke arah dapur untuk mendapatkan makanan. Tanpa segan silu dia menyambar pinggan di rak lalu membubuh nasi.

Dahlia tersenyum kecil melihat gadis itu. Walaupun baru beberapa minggu dia menetap sebumbung dengan Faiqa, namun dia seakan sudah faham benar dengan perangai gadis itu. Faiqa seorang yang periang dan agak kebudak-budakkan walaupun sudah menginjak 16 tahun.

"Esok ikut aku pergi shopping mall."

Faiqa berkerut dahi. "Nak buat apa?"

"Beli barang keperluan kaulah."

"Awak ni macam mak sayalah. Terima kasih," ucap Faiqa ikhlas. Bukan semua orang bersikap pemurah seperti Dahlia. Itu membuatkan Faiqa amat bersyukur kerana Allah hadirkan wanita itu untuk menolong dirinya tatkala dihimpit desakan hidup.

"Urm, makanlah. Aku masuk bilik dulu," kata Dahlia tergesa-gesa melangkah ke bilik. Sebenarnya dia malu apabila digelar sebegitu oleh Faiqa. Faiqa hanya mengangguk perlahan lalu menyambung makan.

******

20+ panggilan tidak diangkat.

Fazimi mendengus kasar. Puas dia mencari di merata tempat namun hampa. Jangankan kelibat, batang hidung pun tidak nampak. Jikalau apa-apa berlaku pada adik kesayangannya itu, dia tidak akan sesekali memaafkan kedua-dua orang tuanya itu.

Abang dekat mana? We need to talk.

Mesej daripada Faiwa dibaca sepintas lalu. Fazimi benar-benar marah tatkala itu sehinggakan dia langsung tidak mahu jejakkan kaki ke rumah.

Sorry I won't come back home without her. Fazimi membalas semula mesej adiknya itu.

Tidak lama kemudian, dia menerima mesej lagi daripada orang yang sama. Naik meluat Fazimi dibuatnya.

You really want to see our parents dying huh? Go ahead!

Fazimi tergamam. Memang benar dia marah akan kedua-dua ibu dan bapanya tika itu. Namun, dia tidak pernah mengharapkan mereka meninggalkan dunia. 'Urgh I really hate this. Abang akan cari Iqa nanti. Tunggu abang,' bisik hati kecilnya.

******

"There's a girl but I let her get away
It's all my fault cause pride got in the way
And I'd be lying if I said I was OK
About that girl the one that I let get away"

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now