BAB 27 : My Mochi

2K 206 5
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 27 : My Mochi

Waktu pulang akhirnya menjelmakan diri. Faiqa pantas melangkah keluar dari kelas apabila menyedari pelajar-pelajar di kelasnya sudah mula beransur pergi. Kebetulan, dia ternampak Farish baru sahaja mengorak langkah keluar dari kelas lalu dia menuju ke arah jejaka itu.

Aku berjalan menuju tangga. Belum sempat aku menjejak anak tangga, seseorang menyentuh bahuku lembut. Aku berpusing untuk melihat gerangan itu dan ternampak Faiqa.

Niat di hati mahu sahaja aku menegurnya namun bila peristiwa di kantin terimbas kembali di benak fikiran, aku terus menghiraukannya. Aku melangkah turun dari tangga.

"Awak, lepas ni awak balik rumah ke?" soal Faiqa ceria.

"Tak," balasku pendek.

"Dahtu awak nak pergi mana?" soal Faiqa lagi.

"Hospital."

Faiqa tersenyum lebar. "Awak nak lawat Syafiq eh? Saya nak ikut," pinta gadis itu.

Aku membuang pandangan ke arah lain. Pada masa yang sama, aku menggulingkan bebola mata. Malas sungguh aku mahu melayan karenah perempuan ni.

"Tak payahlah. Kau ada kerjakan?"

"Ouh ya. Saya ada kerja. Awak stay situ ke sampai malam? Kalau saya dah habis kerja boleh saya pergi melawat." Faiqa berkata sambil melihat aku menuruni anak tangga.

Aku hanya mendiamkan diri. Perlahan-lahan, jarak antara aku dan dia semakin besar. Tanpa disedari, aku meninggalkan dirinya.

Senyuman yang terukir di bibir menghilang. Disaat jejaka itu pergi, tiada lagi senyuman di bibir yang masih berbaki. Farish masih terlalu dingin dengannya walaupun mereka berdua sudah berbaik.

"Hey sweetie~"

Faiqa berpaling dan ternampak beberapa orang lelaki mendekati dirinya. Dia mengundur beberapa langkah sebelum belakang badannya bersentuhan dengan dinding.

"Faiqa right?"

Faiqa menggeleng. "Fadwa."

"Don't mess up with me babe. I know who you are. Lying isn't good, right?" Dua ulas bibir itu berbicara. Semakin lama semakin dekat pula wajahnya dengan Faiqa. Sesak nafas gadis itu dibuatnya.

"Follow us quietly or we broke your hand just like what we did to Syafiq." Kali ini Harith pula berbicara.

Mata Faiqa terbuntang apabila terdengar nama Syafiq diungkap. Apa yang dia nampak tempoh hari bukanlah suatu khayalan. Memang benar merekalah dalang disebalik kecederaan Syafiq.

"Aku tak akan manusia tak guna macam kau, dasar pengecut!" Tangan Faiqa laju menampar pipi kuning langsat jejaka itu.

Ikhwan memegang pipinya yang terasa bahang.    "Aku ingat aku nak berlembut dengan kau sebab kau perempuan tapi sekarang aku akan gunakan cara kasar biarpun sampai tahap merogol. Bawa dia," arah Ikhwan kasar.

Harith dan Thariq hanya menurut. Pisau kecil di dalam poket dibawa keluar. "Kau nampak ni? Kalau kau tak boleh nak duduk diam, aku bunuh kau." Harith mengacu pisau dalam diam, membuatkan Faiqa terkedu. Hatinya menangis tatkala terpaksa mengikut tiga jejaka itu.

******

Aryan nampak segala-galanya. Segala tindak tanduk Ikhwan diperhati dari sudut yang agak terlindung. Kebetulan dia lalu di kawasan itu untuk pulang, namun langkah terhenti apabila melihat sekumpulan lelaki seakan-akan mengugut seorang gadis.

'Itu Faiqa,' bisik hati kecilnya. Kebingungan melanda diri. Di saat para jejaka mendesak gadis itu untuk mengikuti mereka, dia ternampak salah seorang daripada lelaki itu membawa keluar pisau kecil dari poket.

Oleh kerana tidak mahu bertindak melulu, dia membiarkan Faiqa mengikuti mereka terlebih dahulu. Rancangan untuk menyelamatkan Faiqa dirangka sehabis baik. Siapa lelaki-lelaki itu? Mengapa mereka membawa Faiqa pergi? Hatinya berbolak balik.

"Aku tak boleh pergi seorang." Gumam Aryan sendiri. Lim, Hakim dan Hisham masing-masing sudah pulang ke rumah. Benak fikirannya gigih memikirkan cara untuk menyelamatkan gadis itu.

"Aku pergi dengan kau," kata seseorang dari arah belakang.

"Kau--"

"Psiko macam diorang tak boleh berfikir dengan rasional. Bila-bila masa je nyawa orang boleh melayang," kata jejaka itu seraya menyekat Aryan dari terus bercakap.

Tanpa menunggu dengan lebih lama, mereka berdua bergerak menuju tapak meletak kereta. Mereka berdua masuk ke dalam kereta setelah Aryan menekan suis buka. Dari arah belakang mereka mengejar kereta para lelaki psiko itu.

******

Farish mengetuk pintu bilik yang didiami Syafiq.  Tidak berapa lama kemudian, Syafiq memberi kebenaran untuk masuk ke dalam. Bunyi televisyen kuat kedengaran, ditambah pula dengan gelak tawa berderai si Syafiq.

"Eh kau. Mana my mochi?" Soal Syafiq.

Farish mengeluh perlahan. Sejak Syafiq berkenalan dengan Faiqa, hanya panggilan itu sahaja yang diberi kepada gadis itu. 'Mochi' dengan 'Faiqa' jauh beza. Macam manalah dia terfikir nama pelik macam tu.

"Dia ada kerja," kataku ringkas.

"Macam tak ada mood je bro? Kau bergaduh ke dengan dia?" duga Syafiq. Keningnya terangkat menunggu jawapan.

"Taklah."

"Mochi kerja?"

"Yep."

"Proud of her. Dah boleh berdikari Mochi aku." Kata Syafiq sambil ketawa.

Aku melempar sengihan sinis. "Sangat."

Telefon aku bergetar. Ada mesej yang masuk. Nama Iman tertera pada ruangan WhatsApp. Dahi aku berkerut, sengihan tanpa keikhlasan elok terukir di bibir. 'Dia unblock aku?'

Iman
Ikhwan bawa dia pergi. that girl.

"That girl? Oh no, Faiqa?"

"Hey what's wrong with my mochi?" Syafiq kelihatan risau.

"Tak ada apa-apa. By the way, kau ada bagitahu Iman ke pasal relationship aku ngan Faiqa?" soalku kepada Syafiq yang sibuk mengunyah makanan.

Syafiq seakan teringat sesuatu lalu menepuk tangannya. "Aku lupa nak bagitahu kau, Iman dah unblock aku. Aku happy so aku bagitahu je semua, termasuk tentang perkahwinan kau. Sorry."

Tanpa menunggu lama, aku beredar pergi dari situ. Iman dimesej.

Farish
Kau dekat mana? Share location.

Iman send you a location.

*******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now