BAB 45 : Rumah Baharu

1.9K 209 5
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 45 : Rumah Baharu

"Kita sepatutnya lapor lintah darat tu dekat pihak polis. Takkan awak nak bagi duit lepastu diam je? Awak tercedera disebabkan diorang. Awak sedar tak semua benda tu?"

Aku menutup telinga apabila Faiqa mula membebel. Aku yang tercedera, dia pula yang banyak protes. Aku menghantar isyarat mata kepada Fazimi. Mujurlah jejaka itu mengerti apa yang ingin aku sampaikan.

Dia terus menghalang Faiqa daripada banyak berceloteh. Iman tergelak kecil apabila melihat situasi itu. Yazid pula sudah pulang ke kampung halaman untuk melawat ibunya baru sahaja selesai menjalani pembedahan. Itulah sebabnya dia memerlukan wang yang banyak. Anak mana yang sanggup melihat ibu sendiri sakit. 

Setibanya kami di rumah aku, seorang perempuan tua yang sedang berpeluk tubuh di hadapan pagar rumah kelihatan.

Makcik Khadijah!

'Ya Allah, macam mana aku boleh lupa duit sewa aku belum bayar? Mesti mengamuk orang tua ni,' bisik hatiku dilanda kegundahan.

"Haa Farish! Mana duit sewa rumah makcik ni? Kamu janji nak bayar dalam tiga hari. Mananya?" soal makcik Khadijah tanpa mempedulikan kehadiran Faiqa dan yang lain-lain.

Sesekali aku memandang mereka yang berada di belakang aku sekilas. "Urm makcik, kalau boleh saya tak nak laa diorang dengar. Kita pergi jauh sikit boleh tak?"

Makcik Khadijah bengang. Mahu atau tidak dia berganjak ke belakang sedikit untuk berbincang dengan aku. Keluhan berat dilepaskan. Mesti mengamuk bukan kepalang perempuan tua ni dibuatnya kalau aku bagitahu aku masih belum dapat gaji lagi.

"Pertama sekali, saya nak minta maaf sebab saya belum dapat duit lagi untuk bayar sewa rumah. Kedua.."

"Apa?!"

'Halah halah orang tua ni pun. Dengarlah aku cakap bagi habis dulu. Ini tidak, main potong je. Patu nak 'apa' kan aku. Haish..' hati aku mula menggerutu tidak puas hati.

"Kalau kamu tak boleh bayar, kamu cakap saja laa. Kamu duduk je dekat tempat lain."

"Err makcik.. saya--"

Tiba-tiba bahu aku disentuh seseorang daripada belakang. Sepantas kilat aku menoleh. Fazimi rupanya.

"Kau tinggal tempat lain jela," ujarnya.

"Tapi Yazid?"

"Biar aku urus semuanya. Kau jangan risau. Better kau pergi kemas semua barang kau daripada terus merayu dekat orang macam ni." Jelingan tajam dilempar kepada makcik Khadijah yang masih berpeluk tubuh.

"Haa makcik dengar kan tu? Kami akan pindah!"

Terkejut beruk makcik Khadijah dibuatnya. Dia tak menyangka hal itu akan terjadi. Sengaja dia menggunakan alasan menghalau untuk menggesa lelaki muda itu membayar duit sewa secepat mungkin.

"S..sekurang-kurangnya kamu bayarlah duit untuk bulan ni dahulu. Bulan ni hampir habis, takkan tak bayar?" Makcik Khadijah menghulur tangan untuk mendapatkan duit sewa.

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now