BAB 48 : Hospital Bahagia

1.8K 200 7
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 48 : Hospital Bahagia

Aku memandang Faiqa yang mengilai tawanya tatkala rancangan hiburan di kaca TV itu menggeletek tangkai hatinya. Sumpah, dia dah tak tahu nak kawal ekspresi muka. Segala ekspresi buruk miliknya pernah menjadi tatapan mata aku.

But deep inside of my heart, I love the way she express her feelings without pretend to be an elegant woman like what women usually do.

"Kau dah jumpa Farhan?"

Fazimi mengangguk.

"Kita kena buat dia dedahkan perkara sebenar. Segala kekeruhan yang berlaku dalam hubungan parents aku dan Faiqa perlu dibuang segera. Kita tak nak benda ni berlarutan." Fazimi melirik ke arah adik bongsunya itu. Walaupun ketawa kedengaran seperti ilai puntianak, namun dia tahu Faiqa menyimpan kesedihan nian di hati. Siapa sahaja yang tidak berkecai hati apabila dibuang daripada keluarga.

"Aku setuju. Cepat atau lambat, bergantung pada Allah. Apa-apa pun, kita suruh Farhan jelaskan segala-galanya." Serius sahaja aku berbicara ketika itu.

Selepas dibelasah oleh aku tempoh hari, Farhan menghilangkan dirinya sehingga sukar dikesan. Aku pernah cuba untuk berbincang dengan Hisham dan Hakim mengenai hal ini. Seperti kebiasaan, mereka tidak mahu memberi kerjasama. Segala fakta yang diberi aku ditolak mentah-mentah. Jarang kita melihat pelaku mengaku salah.

Akibatnya, kedua-dua mereka makan buku lima aku. Baru sahaja aku mahu meneruskan pergaduhan, Aryan datang membela kawan-kawannya. Benci aku melihat sotong celup tepung tu.

"Nak jumpa Farhan tak?" soal Fazimi. Keningnya terangkat sebelah seraya dahi turut berkerut menyoal.

Aku angguk.

******

"Kenapa kita ada dekat sini?"

Fazimi melihat alamat yang tertulis pada kertas kecil di tangannya. Sah, inilah lokasi terbaharu keberadaan Farhan. Orang suruhannya sendiri yang menghantar alamat ini kepadanya setelah berminggu pencarian.

'Hospital Bahagia' desis hati aku sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bahagian dalam hospital itu.

Faiqa yang tidak tahu menahu soal itu hanya bersembunyi di sebalik aku dan Fazimi. Aku syak dia takut dengan keadaan sekeliling yang dipenuhi dengan orang-orang gila. Lebih-lebih lagi ada yang hanya memerhati kehadiran kami dengan renungan tajam. Lingkaran hitam di bawah mata jelas kelihatan.

"Seram sial," gumamku perlahan.

Sedang kami berjalan menuju bahagian pejabat hospital itu, kami bertembung dengan salah seorang pesakit disitu. Dia berlari-lari seperti anak kecil sehingga berlanggaran dengan Faiqa yang berjalan di antara aku dan Fazimi.

Bedebuk!

Kedua-dua mereka jatuh ke lantai dengan keadaan pesakit itu di atas tubuh Faiqa. Apa lagi, menjerit ketakutanlah Faiqa dibuatnya. Tubuh pesakit itu ditendang ke tepi tanpa belas kasihan.

Pesakit itu tidak membalas sebaliknya mengesot merapati dinding. Lebih tepat, dia menjauhi Faiqa yang jelas ketakutan. Dia memeluk kaki sehingga peha bertindan dengan dada. Sekilas dia meramas rambut dengan air mata yang mengalir deras membasahi pipi.

Apabila diperhatikan betul-betul, bukankah dia adalah Farhan yang aku belasah tempoh hari? Wajahnya benar-benar cengkung dan terdapat lingkaran hitam di bawah matanya. Aku hampir kehilangan akal apabila melihat kondisi Farhan tika ini.

"Farhan?" Aku cuba menyentuhnya namun Farhan terlebih dahulu bertindak dengan menggigit tangan aku sekuat hatinya.

Mungkin dia trauma selepas dibelasah aku tempoh hari. Erangan kecil keluar daripada mulut aku. Sumpah, sakit. Tangan aku hampir membalas semula perbuatan Farhan itu. Nasib baik Fazimi pantas menarik aku. Kalau tidak mungkin makan buku lima aku si Farhan ni.

"Awak, macam mana awak boleh jadi macam ni?" Perhatian aku beralih pada Faiqa yang mula bersuara. Nampaknya dia cam wajah lelaki yang pernah memerangkapnya suatu ketika dahulu.

Faiqa bangkit. 'Aku kenal mata ni,' bisik hati kecilnya.

Dia cuba mendekati Farhan secara perlahan-lahan namun Farhan pantas menolaknya kasar. Kesabaran aku seakan-akan diuji tatkala saat genting ini. Aku marah, sedih, geram.. semuanya bercampur-baur sehingga aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan.

Faiqa bangkit semula. Wajah Farhan yang seolah-olah memakai papan tanda 'ketakutan' itu dipandang sayu. "Jangan kacau aku." Ayat pertama yang diungkapkan oleh lelaki itu cukup menghairankan mereka bertiga.

"Kenapa? Saya cuma nak awak jelaskan perkara sebenar je. Saya nak awak jelaskan apa benda yang berlaku masa kita dekat hotel tu. Macam mana saya boleh ada dekat dalam bilik seorang lelaki yang langsung saya tak kenal? Macam—"

"Aku tak tahu apa-apa! Mereka akan bunuh aku kalau aku bagi tahu!" Farhan berteriak keras.

Seluruh pesakit di lorong itu memandang ke arahnya termasuklah kami. Aku semakin bingung. Siapa yang dimaksudkan dengan 'mereka'?

'Mungkin ke 'mereka' tu merujuk kepada Hisham dan Hakim?' Dua orang kawan baik Aryan itu tiba-tiba sahaja timbul di minda.

Aku melangkah mendekati Farhan yang bersandar pada dinding. Aku menyentuh kedua-dua belah bahunya. "Okay Farhan. Listen to me. Kalau kau bagi tahu aku, aku berjanji akan lindungi kau daripada mereka. Kau sendiri tahu yang aku tidak mudah untuk dikalahkan. Jadi jangan takut, tell me everything, okay?"

Tidak cukup dengan itu, Faiqa pula datang dengan senyuman meskipun menerima tolakan kasar daripada lelaki itu sebentar tadi. "Ya, awak janganlah takut. Kami ada untuk lindungi awak daripada 'mereka'. Just tell us about everything, okay?"

Air mata yang tadinya masih bercucuran kelihatan reda sedikit. Buat kali kedua, Farhan meramas kembali rambutnya. Keliru dengan pilihan yang ada.

******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now