BAB 47 : Berubah Kerana Allah

1.9K 200 19
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 47 : Berubah Kerana Allah 

"The only man that I love is my husband. Can you stop doing this?"

Sungguh, hancur luluh hatinya apabila gadis yang menjadi pujaannya itu menuturkan kata-kata perit. Hati terasa dikoyak-koyak sehingga rabak isinya. Betapa sakitnya hati dia apabila Faiqa sendiri yang menyuruh dia untuk berhenti kerana bimbang si suami akan salah faham.

Terasa seperti baru semalam peristiwa pelanggaran antara dia dan Faiqa berlaku. Sesungguhnya, dia amat rindu akan kejadian itu. Wajah mulus gadis itu menjadi tatapannya buat kali pertama. Dari mata turun ke hati. Dalam sekelip mata, dia jatuh cinta akan gadis genit itu.

Telefon di dalam poket seluar dibawa keluar lalu nombor seseorang dihubungi. Tubuh dilempar ke atas katil. Entah mengapa dia terasa begitu letih meskipun tidak melakukan apa-apa.

"Hello?" Suara di talian terlebih dahulu menyapa.

Aryan mengiring ke kiri lalu telefon pintarnya diletakkan di telinga. Malas sungguh dia mahu membuat apa-apa. Matanya berkaca tatkala suara Amirah kedengaran di talian. Kekecewaan di hati masih terpahat. Belati katanya bukan setakat mencucuk permukaan hati, malah sudah tembus mengenai dasar.

"Ni aku, Aryan. Bila nak mula plan?"

"Apa jadi dengan kau? Hari tu kata—" belum sempat Amirah meneruskan percakapannya dengan lebih lanjut, Aryan terlebih dahulu memotong.

"Kau nak budak setan tu ke tak nak? Yes or no? Itu saja yang aku tanya."

"Mestilah nak. Kita teruskan rancangan haritu. Deal?"

Keluhan berat dilepaskan. 'Faiqa, Faiqa, Faiqa! Aku tak akan lepaskan apa yang sepatutnya menjadi hak milik aku ke tangan orang lain. Kau tunggu aku Farish!'

"Deal!"

******

Selepas masuk ke dalam rumah, Faiqa terus berjalan menuju meja makan. Makanan yang dibeli diletakkan di atas meja. Dua orang lelaki yang duduk mengelilingi meja di ruang tamu itu berpaling daripada televisyen untuk melihat dirinya.

Aku bangun daripada duduk lalu melangkah ke arah meja makan untuk membantu Faiqa menyediakan makanan. Walaupun wajah Faiqa hanya dipandang sekilas, tapi aku dapat rasa perubahan air wajahnya. Sugul sahaja apabila dipandang.

Faiqa bergerak menuju ke dapur pula untuk mengambil pinggan dan mangkuk. Aku hanya mengekori langkahnya ke dapur. Sebuah jag di rak cawan dan gelas itu diambil untuk diisi air Teh O ais. Sebaik sahaja kami ke meja makan semula, aku membuat keputusan untuk bertanya. 

"Ada apa-apa jadi ke?" soal aku bingung. Tangan masih ligat membuka ikatan air minuman dalam plastik itu sebelum dituang ke dalam jag.

Faiqa menggeleng. "Nampak macam ada apa-apa jadi ke?" Giliran Faiqa pula untuk bertanya. Aku turut menggeleng.

"Kau nampak macam ada terserempak dengan someone yang kau tak suka je time pergi beli makanan tu. Jujurlah, kau kenapa?" Buat kali kedua aku menyoal.

"Aryan. Dia tinggal sini juga." Faiqa kelihatan takut-takut untuk bercerita.

"Aryan? Sotong celup tepung tu?" Tanya aku. Faiqa mengangguk pula. Aku lantas menghambur ketawa tatkala menerima anggukan kecil daripada gadis itu.

"Kenapa awak gelak? Awak tak marah ke?" soal Faiqa.

"Aku tak kisah. Lagipun, bukan ke kau pernah kata dengan aku kalau orang tak kacau kita, kita tak perlulah kacau orang. Aku ikut tau apa yang kau cakap. Bagus kan aku?" Sekelumit rasa riak terbit di hati.

Faiqa tersenyum lebar. Ah, senyuman itu. Senyuman yang memulakan hari aku setiap pagi. Kepala aku diusapnya lembut persis seorang emak. Aku agak terkejut dengan perbuatannya.

'I can't help but smile at this adorable thing.' 

"Woi woi! Drama lagi? Urgh!" Seperti biasa Iman di situ sebagai pengganggu. 

"Diamlah kau!"

Iman menggulingkan bebola matanya. 'Haih, kau cepatkanlah pertemuan jodoh aku Ya Allah!' Hati kecilnya mula meminta daripada-Nya.

******

Beberapa hari kemudian, aku dan Faiqa ke sekolah bersama-sama seperti biasa. Di hadapan sekolah kami terserempak dengan Iman dan seseorang. Jenuh aku membesarkan mata untuk melihat figura lelaki bersongkok di belakang Iman.

"Assalammualaikum, umat seagama!"

Sebuah figura beruniform sekolah lengkap berdiri gah di hadapan kami dengan senyuman lebar. Aku menyentuh bahunya. Ini bukan halusinasi, tapi realiti. Tidak puas dengan menyentuh, aku kemudiannya menampar jejaka itu sehingga keluar kata-kata kesat daripada mulutnya.

"Haih, jaga bahasa tu bro. Kata nak berubah?" Iman ketawa.

Syafiq mendengus kasar. "Tak adalah. Kalau kau dapat kawan macam dia ni, mampu ke kau bersabar? Rasa macam nak tumbuk je dia balik weh," ujar Syafiq geram.

Aku ketawa janggal. Terlebih kejam pula aku menamparnya. "Sorry laa. Aku terkejut dengan perubahan kau ni. Lain macam sungguh. Dengan songkoknya. Tak takut ke orang mengata bajet alim?"

Syafiq berdehem. "Kita kalau nak berubah, kita tak perlu risau atau bimbang dengan pandangan negatif orang sekeliling. Bajet alim? Jangan takut dicaci dan dimaki orang kerana Allah tahu bagaimana diri kita sebenarnya. And yes, aku berubah kerana Allah!"

Faiqa bertepuk tangan. Dia kagum dengan semangat Syafiq untuk berubah. "Baguslah. Semoga awak istiqomah."

Senyuman terukir di bibir masing-masing. "Thanks, Mochi. Jomlah kita masuk. Pengawas yang seorang tu daripada tadi lagi dok perhati. Dengki sungguh dengan kebahagiaan orang," ujar Syafiq sambil ketawa kecil.

Maka, kami berempat melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah bersama-sama. Akhirnya geng budak setan membuat kemunculan semula selepas sekian lama menanggung duka.

We're come back with a new member, Faiqa Fadwa who also known as my wife. 

******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now