BAB 35 : Married, Instead

2K 204 3
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 35 : Married, Instead

Seminggu kemudian, peperiksaan pertengahan tahun bakal bermula dalam beberapa hari. Faiqa bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menebus kecundangannya pada ujian bulanan pertama lalu. Markah peperiksaannya merosot teruk berbanding keputusan tingkatan tiga tahun lepas.

Semua perkara yang berlaku ini benar-benar memberi impak yang besar ke atas dirinya. Nana pula kelihatan santai sahaja tatkala membaca buku teks Sejarah. Cemburu Faiqa dibuatnya apabila Nana mampu menghafal dengan pantas walaupun sekilas baca.

"Hari ni kau ada duty dekat library ke?"

"Tak pun."

"Hari ni kita rehat sama-sama nak?"

Walaupun Nana mempunyai kelapangan di waktu rehat, dia amat jarang ke kantin bersama-sama Faiqa. Katanya, dia ingin diet. Oleh itu, Faiqa selalu kelihatan bersama Farish dan Iman di kantin.

Nana berfikir sebentar sebelum mengangguk perlahan. Anggukan gadis itu lantas membuatkan hati Faiqa senang. Sudah agak lama dia tidak meluangkan masa rehat bersama Nana.

"Nanti aku nak kenalkan kau dengan someone."

Nana tersenyum. "Siapa? Farish? Ke Iman?"

Terbuntang mata Faiqa apabila mendengar dugaan Nana benar belaka. "Macam mana kau tahu?"

"Semua orang dok cakap pasal kau couple dengan budak setan. Takkan aku tak tahu kot." Nana melepaskan tawa kecil lalu mengemas barang-barang di atas mejanya. Buku teks Bahasa Melayu dibawa keluar dari beg lalu diletakkan di atas meja memandangkan subjek seterusnya adalah Bahasa Melayu.

"By the way Faiqa, kau tak takut ke couple dengan budak setan tu? Satu sekolah cakap dia tu berbahaya."

"Dia baiklah. Tak berbahaya pun," nafi Faiqa.

"Tak berbahaya kau kata? Sebelum kau masuk sekolah ni, ada budak nama Kamal kalau tak silap,  cedera teruk sebab dia," ujar Nana, membuka cerita.

Faiqa seakan tidak percaya. Tidak percaya bahawa Farish akan berbuat sedemikian. Tambahan pula, Syafiq dan Iman tidaklah sejahat yang disangka. Siap boleh ajak bergurau lagi tu. "Takkanlah dia nak buat macam tu. Kau silap kut."

"Bukan tu je kalau kau nak tahu. Dia juga pernah calarkan kereta cikgu kaunseling kita, Encik Akma sebab kena denda teruk dengan cikgu tu. Kau kenal kan ketua pengawas Golden Child?"

Saraf-saraf otaknya mula mencerna maklumat. Dia cuba untuk mengingat kembali figura ketua pengawas Golden Child.

"Yang putih putih tu? Aryan?"

"Yes. Dia tu musuh utama budak se-- bukan, Farish. Sejak tahun pertama Farish masuk sini, diorang asyik gaduh je. Katanya Farish mencabar Aryan untuk berlawan tapi Aryan tak nak. Farish pun apa lagi, dia belasahlah si Aryan tu. End up, Farish kena hukuman berat, gantung sekolah seminggu."

Terangguk-angguk kepala Faiqa tatkala mendengar cerita si Nana. Leka kedua-dua gadis itu bercerita sehingga Puan Suzana masuk pun tak sedar.

Budak Setan : Farish Adham ✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt