BAB 39 : Hutang

1.8K 203 4
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 39 : Hutang

Malam itu aku runsing. Walaupun Faiqa sudah mula berbaik-baik dengan Fazimi tadi, aku masih keliru dengan keputusan yang akan aku buat. Patut ke aku setuju dengan permintaan Fazimi sebentar tadi?

Apa-apa pun aku perlu berbincang dengan Yazid terlebih dahulu. Ya, aku perlu menelefon Yazid untuk berbincang dengan dia.

.......

.......

Seperti biasa Yazid tidak menjawab panggilan aku. Haih, kau dekat mana Yazid?

Tok! Tok! Tok!

Sekali lagi ketukan pintu kedengaran. Apa lagi ni? Jangan kata Fazimi datang semula untuk merayu dekat aku? Faiqa yang sudah tidur di sofa terjaga dek ketukan di pintu itu kedengaran luar biasa. Berdentum-dentum seakan-akan ada harimau di luar sana.

Aku yang budak setan ni pun kecut. Ok, aku gurau.

"Ya, ada ap--"

"Cari dia!"

Terkejut beruk aku apabila melihat beberapa orang lelaki berpakaian hitam menyerbu masuk ke dalam rumah tanpa izin aku. Lelaki yang berparut di bahagian bawah matanya memandang aku sekilas.

Faiqa pantas menyambar kain tuala untuk menutup kepalanya. Dia pantas berlari mendapatkan aku. "Siapa diorang ni?" soal Faiqa ketakutan.

"Aku tak tahu," jawabku ringkas.

Mata kami memerhati mereka.

"Bos, dia tak ada." Jawab salah seorang daripada mereka.

Lelaki berparut itu memandang kami. "Mana Yazid?"

"Aku tak tahu." Aku menjawab jujur.

Tanpa disangka-sangka leher aku dicekik ke dinding. Lelaki itu tersenyum sinis. "Jangan cuba nak tipu aku. Aku tanya, mana Yazid?" Lelaki itu mula menengking.

Disebabkan aku tak mampu untuk hanya berdiam diri, aku cuba membuat serangan. Aku menendang lelaki itu sehingga akhirnya aku terlepas dari cengkamannya.

Berlaku pergaduhan di antara kami. Lelaki-lelaki tadi yang aku sangka anak buahnya, datang menolong. Beberapa orang daripada mereka menerima tumbukan padu daripada aku. Aku masih mampu mengawal keadaan meskipun pihak lawan terlalu banyak untuk dikalahkan berseorangan.

"Faiqa, lari!"

"Saya tak boleh tinggalkan awak!" Seraya itu, seorang lelaki botak menampar wajah Faiqa sehingga tersembam gadis itu di lantai.

"Faiqa!!!"

Aku kehilangan fokus. Berderai air mata keegoan aku. Aku cuba untuk mendapatkannya namun salah seorang daripada mereka pantas menarik kolar baju aku lalu menghadiahkan penumbuk.

Aku rebah. Rambut aku ditarik tanpa belas kasihan untuk menghadap lelaki berparut itu. "Buat pengetahuan kau, Yazid dah pinjam sepuluh ribu dari aku. Selagi dia tak bayar hutang aku, selagi tu aku akan ke sini untuk tuntut hutang tu. Kau faham tak?"

"Dia yang berhutang tapi kenapa aku pula yang kena?" Aku mula marah. Emosi aku tak stabil.

"Bodoh. Sebab kau tinggal sama dengan dia. Aku salah ke?"

"Puihh.." aku meludah ke muka dia.

Lelaki itu bengang. Rambut aku yang ditarik dilepaskan semula. Seraya itu kemarahan dilepaskan dengan memijak tubuh aku berkali-kali. Tak guna, lebam badan aku.

"Ingat. Kalau kau tolong Yazid larikan diri, engkau yang akan dapat masalah."

Dengan itu, berakhirlah kejadian tragik pada malam itu. Penat, aku benar-benar penat dengan keadaan ini. Aku baru berusia 18 tahun tetapi pelbagai dugaan menimpa. Dengan tubuh yang perit dek dipijak-pijak itu, aku merangkak mendapatkan Faiqa.

Merah pipi Faiqa dibuatnya apabila ditampar lelaki itu. Lengan mereka bukannya kurus macam aku. Berotot macam ahli angkat berat.

"Aku minta maaf sebab tak dapat lindungi kau."

******

Pagi itu, keadaan rumah amat sunyi. Tiada tawa kedengaran, tiada senyuman kelihatan. Gadis itu masih trauma dengan kejadian semalam. Dia merenung kosong ke arah TV yang dipasang. Selepas beberapa saat, dia akhirnya menutup TV tersebut.

"Awak, apa kata kita pindah?" soal Faiqa, kelihatan mengharap.

Pertanyaan ini benar-benar mengimbau kisah silamku dulu. Kisah aku bersama ibu. Kalau diikutkan hati, aku mahu menangis semahunya apabila teringatkan arwah ibu.

"Awak tak setuju ke? Kalau pasal duit, saya boleh pinjam abang."

"Kita tak boleh susahkan orang lain," ujarku pendek.

"Saya takut kejadian semalam berulang," Faiqa mengadu.

"Aku akan cari cara untuk keluar daripada semua masalah ni. For now, aku nak kau tinggal dekat rumah sewa kau. Jangan bagi tahu abang pasal semua benda ni. Aku tak nak susahkan dia. Aku akan cari Yazid untuk settle semua benda ni."

"Tapi.."

"Ouh ya macam mana exam?" Aku akhirnya menutup topik itu. Aku tidak mahu hal ini berlarutan sehingga menganggu pemikiran gadis itu. Biarlah aku yang menanggung segalanya. Dia tidak berhak merasai kesusahan  yang perlu aku tanggung. 

"Ok."

"Ok je? Ke kau tak jawab paper? Tak baca buku pon."

"Ayy saya bacalah. Sesuka hati awak je kata saya tak baca. Dahlah, saya balik rumah dulu. Nak study. Daripada layan awak, sampai bila tak pandai." Faiqa melenting.

"Mengata orang tak pandai pulak. Tak baik tau!"

"Ada saya kisah?"

"Yelaa.. Hati-hati balik rumah!"

*******

Nombor telefon seseorang dihubungi. "Maaf awak, saya terpaksa."

"Hello?"

"Abang, Iqa nak minta tolong boleh?"

"Anything bebeh.."

"Tolong Farish boleh?"

*******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now