BAB 36 : Digantung Sekolah

1.9K 206 4
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 36 : Digantung Sekolah

Faiqa dan yang lain-lain mula berasa tidak senang duduk apabila kebanyakkan mata di kantin itu mula memandang ke arah mereka. Hati berdebar kencang tatkala melihat kedua-dua lelaki itu saling bertentangan mata.

Wajah Aryan yang dihiasi senyuman sinis itu dipandang sekilas. Tak sudi aku menenung dia lama-lama. Seperti yang aku katakan, dia tidaklah terlalu tampan seperti yang dihebahkan oleh pelajar-pelajar lain. Nasib baik kulitnya putih. Kalau gelap, masakan terbang ketampanan muka.

"Kenapa kau diam? Kelu lidah bila kantoi mengumpat?" Ujar Aryan berbaur sinis.

"Kau nak kita berdebat ke? Aku rasa aku kalah dah.  Kalau guna ni bolehlah," ujar aku pula seraya mengangkat buku lima ke udara. Sengaja aku mengepal penumbuk untuk memberi amaran.

Ternyata ketiga-tiga kawan lelaki itu tidak mampu mendiamkan diri.

"Seperti yang kita jangka, dia hanya tahu guna kekerasan untuk berlawan. Jangan guna kekerasan, takut kau yang akan kecundang," kata Hakim sambil berpeluk tubuh.

Aku menghamburkan ketawa kecil. Selemah lelaki lembut kah aku di mata mereka? Atau disebabkan aku kekurangan seorang ahli, mereka memandang lemah ke atas aku? Iman turut ketawa sinis.

"Kitorang tak selemah yang kau sangka. Berambus kalau tak nak tangan kau patah." Amaran jelas diberi oleh Iman.

"Ada hati budak terencat macam kau nak patahkan tangan kami. Kau dengan sepupu-sepupu kau yang masuk lokap tu semuanya sama je. Terencat!"

"Apa kau cakap? Kau memang nak mati kan?"

"Silakan." Aryan senyum, sengaja dia mahu menduga jejaka itu.

Iman hilang kesabaran. Penumbuk digenggam penuh kegeraman. Wajah putihnya merah apabila diserbu darah. Dia benar-benar marah apabila disamakan dengan semua sepupu-sepupunya yang lain.

"Nanti.." aku sempat menghalang Iman daripada menyerang Aryan.

Iman terpinga-pinga melihat tindakan aku kerana kebiasaannya aku tidak pernah menghalang dia daripada melepaskan kemarahan. Aryan juga hilang senyuman di bibir apabila melihat aku menghentikan pergerakan Iman.

"Kenapa kau--" belum sempat Iman menghabiskan percakapannya, aku terlebih dahulu melancarkan serangan ke atas Aryan. Tumbukan padu itu cukup kuat untuk menumbangkan jejaka itu.

Satu kantin terkejut melihat aksi aku secara mengejut itu. Malah Iman juga terbuntang mata akibat terkejut. Faiqa menekup mulutnya dengan tapak tangan.

"Tu je kau mampu buat?" soal Aryan yang kini dikelilingi oleh teman-temannya. Lantai kantin menjadi tempat dia rebah tika itu.

"Kau.. memang bangsat." Aku masih belum puas menyerang dia dek kemarahan yang meluap-luap di hati.

Aryan bangun semula dengan bantuan Lim. Bahu aku ditolak-tolaknya menggunakan jari. Aku benar-benar berasa marah tatkala itu. Aryan hanyalah seorang pengecut.

Setiap kali pergaduhan antara kami berlaku, dia tidak akan membalas semula apabila aku menumbuknya. Dia tahu segala perbuatan itu akan membuatkan dirinya kelihatan seperti mangsa keadaan.

"Kau tak boleh lawan aku, Farish. Kau hanyalah budak setan yang tak ada sesiapa hormat. Taraf kau tak sama dengan aku. Kau dan kawan-kawan kau hanyalah sampah yang mengotorkan dunia sekarang ni. Kau faham tak tu?"

Berdesing telinga aku apabila mendengar setiap tutur kata jejaka putih itu. Taraf aku tak sama dengan dia? Siapa kisah semua benda tu? Dekat kubur bukannya dia pandang taraf atau darjat. Amarah aku semakin memuncak. 

Iman yang mahu membela nasib aku dengan kekerasan dihalang segera. Tertanya-tanya Iman dibuatnya. Dia benar-benar dilanda api kemarahan tatkala itu.

"Biar aku settle dia ni."

"Tapi.."

"Kau dengar cakap aku Iman."

Aku memandang Aryan semula. Penumbuk digenggam buat kali kedua. Kali ini sepenuh tenaga dikumpul bersama agar menghasilkan tumbukan yang lebih padu berbanding sepenuh. Aku berharap Aryan kehilangan gigi selepas ini.

"Silakan.." dengan senyuman sinis Aryan berkata.

Belum sempat aku melancarkan serangan seterusnya, aku terasa seperti tubuh aku dipeluk dari arah belakang oleh seseorang. Pinggang aku ditarik penuh daya dari belakang.

"Awak, jangan buat semua ni," rayu Faiqa dengan titisan air mata mengalir di pipi.

"Lepaskan aku Faiqa." Suara aku jelas kedengaran marah.

"Tak nak. Cikgu akan salahkan awak atas apa yang berlaku nanti. Saya tak nak awak terima semua tu. Lupakan semua benda ni," ujar Faiqa dengan harapan aku menyudahkan segala pergaduhan ini.

Kalau tadi pelajar-pelajar lain terkejut dek cetusan pergaduhan antara aku dan Aryan, kali ini kejutan berganda pula dialami oleh mereka apabila Faiqa memeluk aku dari belakang.

"Apa benda yang jadi ni?" Suara Akma bergema di kantin.

*******

"Farish Adham, awak digantung selama seminggu sebab bergaduh. Ini bukan kali pertama tahun ni awak terlibat dalam pergaduhan tapi dah lebih tiga kali. Awak tahu tak?"

"Tak." Penuh selamba aku menjawab. Aku paling tidak puas hati apabila berhadapan dengan Akma. Macamlah aku tak tahu dia berada di pihak Aryan selama ini.

Hukuman jauh sekali dikenakan ke atas jejaka itu walaupun Aryan didapati bersalah. Kalau ada pun, hukumannya hanya ringan dan tidak berat seperti yang aku dapat.

Pernah sekali aku kena berdiri di tengah tengah padang semasa hujan lebat turun hanya kerana aku lambat beberapa minit ke latihan rumah sukan. Sedangkan Aryan yang lambat hampir setengah jam boleh pula dia bagi tekan tubi 10 kali.

"Aryan awak boleh masuk kelas. Atau awak nak balik? Teruk muka tu kena tumbuk," soal Akma prihatin.

"Takpelaa cikgu. Sikit je ni," kata Aryan sambil tersenyum penuh kepuraan. Sebenarnya dia terasa bisa penangan Farish. Kuat juga dia ditumbuk.

Aku menjeling. Tanpa menunggu panjang, aku terus berlalu keluar dari situ. Menyampah pula aku tengok Akma dan Aryan bersama-sama. Diibaratkan adik dan abang paling annoying dalam dunia.

"Farishhh! Saya tak habis cakap lagi!"

Suara Akma kedengaran dari dalam bilik. Setiap kali aku masuk bilik kaunseling, aku tak pernah bagi peluang untuk dia menghabiskan sesi kaunselingnya.

******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now