BAB 13 : Cedera

2.3K 232 12
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°

°

°

°

°~°

BAB 13 : Cedera

Sebaik sahaja aku keluar dari kelab malam itu, hari sudah mula beransur gelap menandakan malam sudah menjelma. Punyalah lama aku melayan diri dalam Cyber Cafe tu sampai tak sedar dah pukul 7.05 petang.

Aku mengambil beg sandangku yang berada di tepi lalu terus ke keluar dari Cyber Cafe itu. Lagu-lagu disko berdendangan dengan begitu kuat. Boleh pekak telinga aku dibuatnya kalau begini.

Baru sahaja aku mahu melangkah keluar dari situ, seorang lelaki yang aku agak berusia 30-an merempuh aku sehingga badanku terdorong ke belakang sedikit. Wajahku serta-merta bertukar bengis.

"Jalan pakai--" baru sahaja aku mahu mengeluarkan suara, kelibat lelaki itu hilang entah ke mana.

Aku membuat keputusan untuk tidak mengambil pusing hal itu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku cari lelaki itu dan merempuhnya kembali. Biar dia tahu bagaimana rasanya dirempuh sesama manusia.  Badan aku dahlah tak berisi sangat. Disondol pula dengan 'badak sumbu'.

Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari tempat itu, suatu jeritan menyergah pendengaranku secara tiba-tiba.

"Tolong!"

******

Faiqa akhirnya turun ke ground floor dengan beg plastik hitam berisi sampah di tangan. Selepas menanyakan lokasi tong sampah area itu pada seorang perempuan muda, dia pun pantas berjalan menghala ke arah lokasi tempat sampah itu.

Sebuah lorong kecil yang menjadi sempadan antara bangunan yang didiami dengan kelab malam itu dilaluinya. Bau busuk mula menusuk hidung. Loya tekak Faiqa dibuatnya apabila melihat tong itu dipenuhi dengan sampah.

Beberapa botol minuman keras yang kosong berada bersebelahan dengan tong sampah itu. Faiqa menekup mulut dan hidungnya. Tika itu, cepat-cepat dia melempar plastik sampah yang  dibawanya ke dalam tong sampah.

"Uwerkk! Uwerkk!"

Faiqa terkejut dengan kehadiran seorang lelaki yang berlari menuju ke arah longkang bersebelahan dengan tong sampah itu. Setelah diri sudah tidak betah menahan loya di tekak, lelaki itu muntah di dalam longkang. Badannya jelas berbau alkohol.

Tanpa banyak soal, Faiqa terus berura-ura untuk beredar dari situ. Berdiri tegak bulu romanya apabila melihat lelaki itu. Sudahlah otak dibelenggu najis syaitan. Dalam keadaan mabuk itu, pelbagai perkara buruk boleh berlaku.

Belum sempat Faiqa meninggalkan tempat itu, pergelangan tangannya digenggam erat oleh seseorang. Terbeliak mata Faiqa dibuatnya apabila lelaki mabuk itu menyentuhnya.

Faiqa meronta meminta dilepaskan. "Lepaskan akulah!" Berkali-kali dia cuba menepis tangan lelaki itu namun tidak berjaya. Kudratnya tidak mampu melawan lelaki itu. Akibat seharian tidak makan, tiada tenagalah jawabnya.

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now