BAB 5 : Fitnah

2.7K 252 37
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 5 : Fitnah

Aryan mengelamun panjang apabila memikirkan diri seseorang. Seseorang yang berjaya mencuri hatinya sejak kali pertama bertemu. Aryan rindukan diri gadis itu.

"Wey, kau perasan tak ada budak baru masuk sekolah ni? Alaa yang nama dia Faiqa tu," soal Aryan ingin tahu. Lim mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tambahan pula, dia malas mahu melayan karenah Aryan ketika membaca.

Aryan menompang dagu. "Aku rasa dia comel laa."

Cemberut wajah Lim setiap kali terdengar luahan hati si teman. Geli-geleman dia dibuatnya. "Dah seratus kali aku dengar kau cakap benda yang sama tiap kali ada budak baru masuk. Muak weh, muak." Lim mengalihkan pandangannya daripada Aryan. Matanya lebih asyik memerhati buku novel yang berkisarkan peperangan.

"Novel, novel, novel. Tak ada benda lain ke kau nak baca?" tanya Aryan bernada marah apabila melihat Lim seolah-olah tidak kisah. Terasa seperti membebel sepuas-puasnya pada dinding.

"Ada je. Aku baca surat khabar, majalah, blog, and so on. Kau je yang tak tahu," balas Lim kembali. Cina bukan sekadar Cina. Lim, lelaki Cina yang mencintai bahasa Melayu.

"Bahasa jiwa kebangsaan."

Aryan mendengus kasar. Sejak pertama kali dia bertemu Lim, itulah slogan yang sering menjadi pegangan lelaki Cina itu. Tidak hairanlah dia memperoleh markah tinggi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam setiap ujian.

"Tengkorak kaulah!"

"How dare you saying that to me?"

"I dare enough to say like that to you."

"OK."

Maka, berhari-hari lamanya Lim tidak mempedulikan kehadiran Aryan.

******

"Aku nak kau buat hidup dia tunggang terbalik dengan benda ni."

"No hal. Small matter je"

"Good."

******

Faiqa menanti mi segeranya sedia untuk dimakan. Susu yang dibeli sebentar tadi dituang ke dalam gelas sebelum diteguk beberapa kali. Sedapnya susu ni. Susu baik untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.

Dalam penantian itu, seorang lelaki bertopeng datang ke mejanya. "Boleh saya duduk sini?" suaranya kedengaran lembut tatkala meminta izin untuk duduk. Suara tidak seiring dengan penampilan yang kelihatan agak hipster.

'Alahai, takkan nak halau pulak. Takkan aku nak bla. Maggi pun tak bersentuh,' bisik hati kecilnya.

Dengan hati yang berat Faiqa akhirnya membenarkan lelaki itu untuk duduk di kerusi bertentangan dengannya. Matanya langsung tidak memandang jejaka itu. Sebagai perempuan, kita perlu menundukkan pandangan daripada melihat para ajnabi. Elakkan zina mata.

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now