02

16.8K 1.3K 72
                                    

-Don't be so arrogant because we
are all same-

-Don't be so arrogant because weare all same-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seperti hari-hari biasa, seawal jam 6.30 pagi dia sudah keluar dari rumah. Ibu bapanya sudah keluar seawal jam 6.20 pagi tadi.

Itu adalah kebiasaan bagi mereka kerana risau jikalau jalan sesak. Lagi pula tempat kerja mereka agak jauh.

Pintu rumah di tutup rapat lalu dia menuju ke lif. Hazel berjalan menuju ke sekolahnya. Langit sudah mula kelihatan cerah. Matahari sudah ingin menunjukkan diri.

Kakinya melangkah bersahaja ke sekolah. Dia suka datang awal ke sekolah dan menghabiskan waktu untuk menunggu mulanya pembelajaran dengan melelapkan matanya.

Langkahnya diatur menuju ke kelasnya seperti biasa. Matanya melilau memandang sekeliling. Papan kenyataan di sepanjang koridor di penuhi dengan borang dan poster bersaiz A4.

JEJAKA-JEJAKA KACAK FC

Marilah sertai kelab peminat ini. Masih banyak kekosongan lagi.

Hazel menggelengkan kepalanya perlahan. Dia meneruskan langkahnya berjalan ke kelasnya.

Baru sahaja dia ingin menguak pintu kelasnya, terasa ada sesuatu benda lembut menggesel di kakinya yang sekadar memakai skirt sekolah itu.

Dia menundukkan wajahnya. Dia tersenyum kecil apabila melihat seekor kucing berwarna coklat sedang menggeselkan badan di kakinya.

Hazel menundukkan badannya. Dia berlutut di atas lantai bersimen itu. Kepala kucing itu diusap perlahan. Kucing itu kelihatan sungguh manja.

"What is your name?" tanya Hazel kepada kucing itu. Kucing itu hanya mengiau. Hazel tersenyum lagi.

"Aku panggil kau Milo ya? Sesuai dengan warna bulu kau." kata Hazel lagi. Dia membawa kucing itu ke dalam pelukannya dengan sebelah tangannya. Lagi sebelah tangannya masih membelai kepala kucing itu.

Meow!

"Kau suka, ke?"

Meow!

"Aku pun suka dengan nama itu." Hazel meletakkan kucing itu semula di lantai. Dia ingin masuk ke dalam kelas.

Terkejut Hazel dibuatnya apabila baru sahaja dia menguak pintu kelasnya, Milo berlari masuk ke dalam kelas. Dia tergelak kecil.

"You are so cute lah." kata Hazel apabila dia melihat Milo duduk di atas salah satu meja di dalam kelas itu sambil menjilat badannya.

Hazel meletakkan begnya di tempat duduknya. Dia terkejut apabila dia mendengar jeritan seseorang. Dia berpaling ke belakang.

"Oh no! Why is this monster sitting on my desk?"

Hazel smirk. Sabrina Steinfield. Antara manusia sombong di dalam kelasnya.

"Kau yang bawa masuk monster ini, ke? Eww! Disgusting!"

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now