18

11.9K 1K 35
                                    

-Real friends don't get offended
when you insult them. They smile
and insult you right back-

"Ha!" Ethan mengusap dadanya kerana terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ha!" Ethan mengusap dadanya kerana terkejut. Dia memandang Hazel yang tersengih.

"Buat apa ha? Berangan?" Hazel duduk di sebelah Ethan yang merendamkan kaki ke dalam kolam. Dia menyiku pinggang Ethan.

"Tak ada lah. Saja lepak sini." Ethan menyiku Hazel balik.

Hazel merenjis air ke muka Ethan. Ethan merenjis balik. Hazel tergelak.

"Ethan." panggil Hazel. Ethan mengangkat sebelah keningnya.

"Dalam tak kolam ini?" tanya Hazel sambil menunjuk ke arah kolam di hadapan mereka berdua ini. Dia melihat ke dalam kolam.

"Dalam. Paras bahu aku." balas Ethan. Hazel mengangguk. Dia duduk tegak semula. Kalau dia masuk mesti tenggelam. Dia pun paras bahu Ethan saja.

"Kenapa? Kau takut jatuh? Tak pandai berenang?" tanya Ethan bertalu-talu. Dia tersenyum senget.

Hazel tersengih saja.

"Yow." Ethan dan Hazel memandang belakang. Jayden mengambil tempat duduk di kerusi rehat yang tersedia di tepi kolam itu.

"Mana yang lain?" tanya Ethan.

"Lepak dalam rumah. Kan tak ada aktiviti." balas Jayden. Matanya fokus di telefonnya.

"Asal tak mandi?" tanya Jayden. Dia memandang Ethan dan Hazel dengan riak kosongnya itu.

"Hazel tak pandai berenang." balas Ethan.

"Ethan! Diamlah!" Hazel menekup mulut Ethan. Ethan tertawa di sebalik tekupan Hazel pada mulutnya. Jayden tertawa kecil.

"Janganlah ketawa!" marah Hazel. Dia membuat muka cemberut.

"Ya lah." balas Ethan selepas Hazel melepaskan tekupan.

Jayden menghentikan tawanya. Dia menggeleng kecil dengan senyuman. Dia sambung memandang skrin telefonnya.

"Jom, main gam.e" ajak Hazel dengan senyuman lebar.

"Game apa?" Ethan layankan saja. Kalau tidak, takut nanti merajuk pula. Kadang-kadang Hazel ini boleh tahan manja juga.

"Main osom. Siapa kalah jentik dahi." balas Hazel dengan senyuman.

"Macam budak-budak." komen Ethan.

"Alah." rengek Hazel. Dia tidak tahu hendak buat apa lagi. Sebab itulah dia mengajak Ethan bermain permainan seperti itu.

"Ya lah. Cepat." Ethan akhirnya mengalah apabila melihat wajah cemberut itu. Hazel tersenyum suka. Dulu dia kerap bermain permainan ini dengan kakaknya.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now