15

12K 1K 28
                                    

-I hope that I will be the one who
just thinking 'past is past'
but I'm not that person.
The past give me a lesson
to not repeat what has passed-

 The past give me a lessonto not repeat what has passed-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAZELIZZ ZACHARY POV

Aku melangkah masuk ke dalam sebuah kereta berjenama Mercedes berwarna hitam di bahagian penumpang belakang.

"Sorry. I'm late." ucapku dengan senyuman. Aku sudah terlambat lima minit dari perancangan asal.

"Buat apa saja lama-lama dalam bilik itu?" tanya Hailey. Geram betul apabila adiknya itu lambat.

Aku tersengih. Aku menjengul kepala di antara tempat duduk penumpang hadapan dan pemandu.

"Aku tak jumpa airpod aku." balasku tanpa rasa bersalah.

Nak buat macam mana? Aku terlupa yang aku bawa airpod aku masuk bilik air masa aku nak ambil pencuci muka yang Hailey minta.

"Alasan." Cora menyampuk. Sudah masak dengan sikapku yang sering terlewat itu. Masa itulah hendak hilang macam-macam benda.

"Mia dengan Anna mana?" Aku beralih tempat duduk di tepi tingkap belah kanan. Badan disandarkan manakala siku kananku diletakkan di pintu.

"Dia orang dah tunggu dekat mall." balas Cora. Dia memulakan pemanduan keretanya.

Kereta itu bukan miliknya malah kakaknya dan dia sering memandunya walaupun tidak mempunyai lesen.

Aku terdiam. Seperti ada sesuatu yang tidak kena di dalam situasi kami sekarang. Hailey dan Cora aku perhati dari tempat duduk penumpang di belakang itu.

Cora, Mia dan Anna ialah kawanku dan Hailey. Kami rapat sejak di menengah rendah lagi. Ketika itu, aku berumur 13 tahun. Hailey, Cora dan Anna sebaya, iaitu 17 tahun. Mia berumur 16 tahun dan aku sebaya dengannya.

Aku dan Hailey sangat rapat sebagai adik-beradik sehinggakan kawan juga kami mempunyai kawan yang sama. Dia sudah seperti kembarku. Dia memang kakak yang sangat baik dan memahami.

Tidak lama itu kami sampai di sebuah pusat beli-belah yang terkenal di Paris itu. Aku terlebih dahulu keluar dari kereta. Kami berlima ingin mengisi masa cuti kami dengan melepak di pusat beli-belah sahaja. Biasalah perempuan.

"Mia!" Aku menjerit teruja lalu memeluk Mia.

Antara Cora, Mia dan Anna , aku lebih suka dengan sikap Mia yang lemah lembut. Kalau Cora dia jenis yang agak diva sikit. Anna pula seorang yang panas baran.

"Behave, Hazelizz." tegur Hailey.

Aku tidak kisah malah menjelirkan lidah ke arahnya. Hailey ingin mencubit lenganku tetapi aku sempat mengelak dengan menyorok di belakang Mia. Mia tergelak.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now