44

10.2K 1K 198
                                    

-Some people will never support
you because they are afraid
of what you might become-

-Some people will never supportyou because they are afraidof what you might become-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lucy." Sabrina menegur Lucy yang baru sahaja keluar dari kereta mewah milik keluarga Lucy. Terlihat di belakang Sabrina turut ada Victoria dan Natalie.

"Kau orang ini kenapa? Tak pernah-pernah nak tunggu aku. Asal tiba-tiba tunggu aku pula hari ini?" ujar Lucy. Sebelah keningnya diangkat.

"Kita orang takut." ujar Sabrina. Wajahnya kelihatan takut dan gusar.

"Kau nak takut apa?" tanya Lucy dengan hairan. Keningnya berkerut memandang Sabrina.

"Pasal hal Hazel itulah." balas Sabrina. Dia menggigit ibu jarinya.

"Pasal apa ini?" tanya Lucy pelik.

"Theo betul-betul viralkan benda itu! Kau tengok dekat web sekolah. Ramai yang komen pasal video itu." balas Victoria. Wajahnya kelihatan sangat gugup. Hanya Natalie dengan wajah tanpa riaknya.

"What?" Lucy mengeluarkan telefonnya dari poket jaket sejuknya. Web sekolah di buka. Video yang dirakam Theo semalam sudah ada di web sekolah dengan caption:

Ada masa kau akan jatuh. Here we go. Kemenangan yang kau agungkan itu dah dirampas. Kau kalah. Kebenaran dah terbukti. Selamat merasa kekalahan.

Lucy mengetap giginya. Terasa dirinya disindir dengan ayat tersebut walaupun hanyalah sekadar ayat kiasan. Video tersebut di hantar oleh Theo dengan nama pengguna 'TheoKacakz'.

Dia mula membaca komen. Semuanya adalah komen negatif. Bilangan komen sudah jejak ke angka 500.

Lucy menyimpan semula telefonnya. Dia mengurut perlahan pelipisnya. Dia sudah pening. Semua orang sudah tahu tentang kebenaran tersebut.

"Kita nak buat apa ini?" tanya Sabrina risau.

"Kita tengok siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah." kata Lucy. Dia memandang rakan-rakannya itu.

"Mestilah kita kalah. Kau nak tengok apa lagi? Sah-sah lah kita kalah." kata Natalie tidak puas hati.

"Kau diam boleh tak!" marah Lucy.

Natalie membuat muka menyampah. Lidahnya menolak bahagian pipi kirinya dari dalam.

"Bodoh." carut Lucy kepada Natalie. Dia menjeling Natalie menyampah.

"Eh kau apa hal?" marah Natalie. Dia ingin menyerang Lucy tetapi dia ditahan oleh Sabrina.

"Dasar bodoh." kata Lucy lagi. Natalie menahan sabar.

"Eh kau itu dah lah pembunuh!" jerkah Natalie dengan geram.

Beberapa pelajar yang ingin melangkah masuk ke dalam sekolah memandang ke arah mereka. Ada juga yang mula berbisik-bisik.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now