20

11.4K 1K 32
                                    

-The pain is still there, the tears
still run down my face,
and my heart is still breaking-

-The pain is still there, the tearsstill run down my face,and my heart is still breaking-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lily." Hazel melambai ke arah Lily yang sudah bersiap. Lily tergelak. Dia menggelengkan kepalanya.

"Sorry tahu Lily tak dapat teman Hazel sampai esok. Cikgu Lily tiba-tiba saja nak buat latihan." ujar Lily.

Katanya sebuah pertandingan nyanhian sudah semakin hampir, jadi dia dan rakan-rakannya perlu berlatih.

Keluarga Lucas merupakan keluarga yang berdarah seni. Ayah Lucas merupakan CEO di sebuah syarikat hiburan dan seorang komposer lagu serta penulis lirik. Ibu Lucas ialah seorang pelakon. Lucas dan Lily mengambil jurusan seni muzik manakala Luke ialah teater.

"Lily pergi naik apa? Lucas hantar?" tanya Hazel. Dia memerhati Lily yang sudah menarik bagasi.

"Uber. Lucas tak dapat hantar. Nak hantar macam mana kalau masih terbongkang." Hazel mengangguk faham.

Lily masih tidak tahu lagi yang Lucas mabuk semalam. Kalau Lily tahu, pasti Lily akan memarahi Lucas. Takut saja sampai ke pengetahuan kedua ibu bapa Lucas dan Lily.

"Tak awal sangat, ke?" tanya Hazel lagi.

"Tak. Latihan pukul 9. Dari sini nak sampai sekolah Lily ambil masa satu jam setengah. Kira okeylah ini." balas Lily. Rambutnya dirapikan.

"Jom, Hazel hantar sampai depan pintu." Lily tersenyum lalu mengangguk setuju.

"Jom!" Bagasi ditarik lalu lengan Hazel dipeluknya dengan penuh mesra.

"Dah nak balik, ke? Awal lagi." tegur Ethan yang terserempak dengan mereka berdua.

"Lily ada latihan sekejap lagi. Ethan tolong cakapkan dekat Lucas eh? Bye." Lily melambai ke arah Ethan.

Ethan membalas lambaian. Hazel menghantar sehingga ke pintu hadapan. Dia melambai ke arah Lily.

"Take care!" pesan Hazel sambil tersenyum. Tangan turut melambai ke arah Lily.

"Okey!" Lily memboloskan diri ke dalam Uber. Hazel menutup pintu rumah. Dia melangkah ke sofa. Alat kawalan jauh televisyen dicapai dan dia mengambil tempat duduk di atas sofa.

"Aduh! Aduh!" Cepat-cepat Hazel bangkit berdiri semula. Theo mengangkat kepalanya.

"Asal kau duduk atas aku!" marah Theo. Mukanya kelihatan baru sahaja bangun tidur. Matanya juga dicelik sedikit sahaja.

"Kau tidur dekat sini buat apa? Manalah aku perasan." balas Hazel. Dicampak alat kawalan jauh tersebut ke arah Theo. Hilang sudah niatnya hendak menonton televisyen apabila dimarahi Theo.

"Sakitlah woi!" Hazel mengajuk kata-kata Theo. Dia berjalan ke arah dapur. Tersenyum lebar dia melihat Ethan yang sedang memasak.

"Wah! Kau pandai masak!" Hazel menjerit teruja lalu berlari anak menuju ke arah Ethan. Dia menjenguk sedikit untuk melihat apa yang dimasak Ethan. Pancake dan waffle!

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now