10

13.5K 1.2K 160
                                    

-I hope you will be like Doraemon
that stay with Nobita as a best friend-

-I hope you will be like Doraemonthat stay with Nobita as a best friend-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka berlima berdiri sebaris di hadapan pintu pagar. Hazel merungut dalam hati. Dia tadi hendak melangkah masuk ke dalam sekolah tetapi di tahan oleh Lucas. Katanya hendak dapat berkat. Jadi mereka akan melangkah serentak ke dalam sekolah.

Motor pula di parkir di luar sekolah. Katanya tak pernah lagi parkir dekat luar lagi. Selalunya di dalam sekolah sahaja.

Hazel hanya layankan sahaja. Macam-macam kerenah.

"Okey guys! 1! 2! 3!" jerit Lucas. Mereka melangkah serentak ke dalam sekolah. Nampaklah di situ muka tak ikhlas Hazel, Ethan dan Jayden.

Theo pula yang terlebih teruja. Siap dirakam lagi. Katanya nak post dekat instagram. Dia kata dia baru download tiktok dengan funimate. Nak buat slowmo bagai. Entahlah.

"Dah? Habis?" sindir Ethan dengan muka menyampahnya. Lucas sudah memuncung. Susah kalau berkawan dengan orang yang tak reti faham maksud apa itu 'fun' di dalam hidup.

"Aku ini nak menunjukkan semangat persahabatan kita tahu, tak?" kata Lucas.

"Betul itu!" Siapa lagi kalau bukan Theo yang suka menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh Lucas.

"Bla bla bla" Dan si Jayden yang malas melayan tingkah mereka. Dia melangkah pergi meninggalkan rakan-rakannya. Hazel dan Ethan mengikuti Jayden.

Macam mana empat orang lelaki itu berkawan pun tidak tahu. Sudah seperti terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan satu yang jenis 'perangai gila-gila'. Manakala kumpulan dua pula jenis 'lantak kau lah sana'.

"Dah lah, sayang. Kita berdua saja jawabnya." Theo memeluk lengan Lucas.

Lucas mengangguk laju. Bahu Theo dipeluknya. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah.

Selepas mereka membuat perjumpaan rumah sukan, mereka berlima berkumpul di bawah sebatang pohon yang tinggi yang terletak di tepi padang itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas mereka membuat perjumpaan rumah sukan, mereka berlima berkumpul di bawah sebatang pohon yang tinggi yang terletak di tepi padang itu. Malas hendak duduk di kerusi. Tak syok nak bercerita katanya.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now