12

12.6K 1.1K 25
                                    

-Sometimes, crying is the
best way to
let your pains go-

Hazel menghulur botol air berjenama Tupperware milik Ethan kepada Ethan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazel menghulur botol air berjenama Tupperware milik Ethan kepada Ethan. Ethan menyambut lalu meneguk. Dia membuat cooling down. Setelah itu, dia mengambil tempat duduk di sebelah Hazel.

"Selepas ini kau pergi mana?" tanya Ethan ingin tahu. Hazel berfikir sejenak.

"Hmm balik?" tipunya. Dia takkan bagitahu sesiapa dia akan ke mana selepas ini.

Ethan merenung sebentar wajah itu. Ada sesuatu yang disorokkan. Dia faham.

"Kita orang hantar?" tanya Ethan. Memang selalunya mereka berempat akan hantar Hazel pulang ke rumah.

"Nope. I will go by myself today." balas Hazel ringkas.

Ethan mengangguk.

"Nanti aku tolong cover." ujar Ethan. Memang selalunya Hazel dipaksa apabila dihantar pulang. Gadis itu tidak mahu tetapi mereka berempat paksa. Tak nak gadis itu susah-payah jalan kaki pulang ke rumah.

"Kau dah habis latihan, ke?" tanya Hazel. Di padang masih ada lagi latihan rumah sukan.

"Dah." balas lelaki itu. Peluhnya di lap menggunakan tuala muka.

Jayden menghampiri mereka lalu duduk di kerusi bersebelahan Hazel. Dia meneguk airnya di dalam botol mineral. Apabila botol itu sudah kosong, dicampak saja ke atas lantai.

"Kutip balik, Jay." arah Hazel.

Pelajar-pelajar di sekolah itu tidak dibenarkan membuang sampah merata-rata di kawasan sekolah. Lagi-lagi di kawasan tempat duduk di padang itu.

"Malas." balas Jayden. Telefonnya dikeluarkan. Dia ingin bermain game seperti kebiasaannya.

"Jay."

Jayden mengeluh. Dia bangkit berdiri lalu mengutip botol mineral itu semula. Dicampak botol itu ke dalam tong sampah. Dia duduk semula.

"Selepas ini pergi makan dulu nak?" tanya Lucas yang baru saja tiba. Wajahnya basah dek peluh yang mengalir.

Dia memegang bajunya di bahagian dada dengan jari telunjuk dan ibu jari lalu ditarik-tarik dengan laju sehingga menghasilkan angin.

"Aku nak balik terus." ujar Hazel laju. Tiga pasang pasang mata itu memandang ke arah Hazel.

"Mama pesan suruh balik terus." Hazel cuba beralasan. Dia memandang rakan-rakannya.

"Okeylah kalau macam itu. Kita orang hantar kau nanti." kata Lucas. Hazel menggeleng laju.

"Nanti aku hantar dia. Kau kata nak makan. Kau orang pergi dulu nanti aku datang." celah Ethan. Dia memandang sekilas Hazel yang memandangnya. Sempat dia tersenyum.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now