-You know someone means
a lot to you when their mood
can easily affect yours-"Theo!" Hazel tersenyum ke arah Theo. Theo menurunkan sedikit cermin mata hitam di pangkal hidungnya. Dia berdiri tegak dari bersandar pada kereta.
Theo tersenyum kacak. Tangannya didepa. Hazel tersenyum lebar lalu berlari menuju ke arah Theo.
Hazel berlari melintasi Theo lalu memeluk lengan Lucas. Lucas tersenyum bangga. Diangkat keningnya beberapa kali ke arah Theo.
"Hazel!" Theo menghentak kakinya. Cermin mata hitamnya dicampak ke atas jalan tar. Tangan di silang ke dada.
"Jom." ajak Lucas bersahaja.
"Jom!" Lucas dan Hazel masuk ke dalam kereta yang dipandu Lucas.
"Hazel!" rengek Theo. Theo bercangkung di atas jalan tar. Hazel tergelak diikuti Lucas.
Dia keluar semula dari kereta lalu menghulur tangannya ke arah Theo. Theo memalingkan wajahnya memandang lain. Mulutnya dimuncungkan. Merajuk!
"Woi! Cepatlah! Kau tak payah buat muka tenuk dekat situ!" jerit Lucas dari dalam kereta.
"Kalau aku tenuk pun bukan kacau muka tapir kau!" jerit Theo balik. Terlepas tawa Hazel. Lucas buat muka. Apa beza tenuk dengan tapir? Aduhai.
"Aku belanja kau. Kau nak apa?" tanya Hazel. Keningnya diangkat beberapa kali.
"Betul?" Hazel mengangguk.
Tersenyum lebar jejaka itu dibuatnya. Dia menyambut huluran tangan Hazel. Theo bangkit berdiri dengan riang
"Aku nak pizza hut."
Hazel membuat muka tidak percaya. Minta makanan mahal. Tak mengagak langsung.
"Ha tengok itu. Tak nak belanja sudahlah." Theo ingin berpaling tetapi Hazel menahan.
"Okey. Okey."
Theo tersenyum lebar. Mereka berdua masuk ke dalam kereta.
"Kau tak ambil sunglasses kau, Theo?" Hazel menunjuk ke arah cermin mata hitam yang terdapat di atas jalan tar itu.
"Biar sajalah. Itu bukan aku punya lagi pun. Jayden punya." Theo tergelak kecil diikuti Lucas.
Hazel sahaja yang memandang Theo tidak percaya. Sesenang itu lelaki itu memperlakukan barang milik hak orang lain.
"Relax lah. Kalau tak ada sesiapa bagitahu Jay, confirm dia tak tahu." kata Lucas.
YOU ARE READING
The Stupidos | The Hidden Cure
Teen FictionTeen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat mendengar sebaris nama ini, pasti sinonim dengan gelaran si sombong. Tidak mempunyai kawan malah tidak mahu berkawan. Hanya disebabkan kisah s...