45

10.4K 991 217
                                    

-Appreciate hard times,
Someday they'll just be
another chapter in your
success story-

-Appreciate hard times,Someday they'll just beanother chapter in yoursuccess story-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wow!" Theo menayang wajah kagum. Ditutup mulutnya dengan tangannya.

"Aku rasa macam tengok movie." kata Lucas kepada sahabat-sahabatnya.

"Betul itu." sokong Theo.

"Diamlah." celah Ethan. Sejak tadi bising sahaja mulut Lucas dan Theo. Tidak reti hendak tutup, ke?

"Tengok ini." Jayden menunjuk ke arah skrin macbook Ethan itu. Kelihatam Lucy sedang menoreh tangan Antalya.

Ya, mereka berempat sedang marathon video-video yang dirakam oleh Natalie. Boleh tahan dahsyat juga.

"Weyh! Sakit itu!" ujar Theo kuat apabila melihat Lucy merendamkan tangan Antalya ke dalam air yang bertakung di dalam singki itu.

"Aku rasa dia psycho." kata Ethan. Lucas, Theo dan Jayden mengangguk setuju.

"Aku dengar cerita yang Lucy ini dia tak boleh orang lebih sikit dari dia." kata Lucas. Theo menayang reaksi menyampah.

"Gila. Habis itu apa yang Hazel buat sampai dia benci sangat dengan Hazel?" tanya Theo.

"Tak silap aku sebab ramai yang dalam sekolah ini kenal Hazel sebab title sombong itu. So Lucy ini dia jeleslah." balas Lucas.

Theo menahan tawanya. Gila. Perkataan itu yang sesuai untuk Lucy.

"Aku tak tau nak gelak ke kesian." kata Jayden.

"Kau reti gelak ke, Jay?" Lucas dan Theo mentertawakan Jayden. Ethan tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

"Diamlah." Jayden menjeling sahabat-sahabatnya itu. Riak dinginnya dipaparkan lalu dia memandang macbook Ethan semula.

"Kau orang rasa apa jadi dekat Lucy?" tanya Lucas. Kini macbook Ethan memaparkan Lucy membuli seorang pelajar perempuan yang tidak mereka kenali.

"Entahlah. Mungkin kena buang." balas Ethan.

Tangannya mengeluarkan telefonnya. Dia ingin mengulangkaji. Biarlah Lucas, Theo dan Jayden sahaja yang menonton video-video tersebut.

"Study ke itu?" tanya Theo.

Ethan mengangguk. Masing-masing memandang Ethan.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now