30

9.4K 946 82
                                    

-I hope we're good friends
until we die-

-I hope we're good friendsuntil we die-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nah." Hazel menghulur secawan berries smoothie ke arah Antalya. Antalya menyambutnya dengan senyuman yang terhias dibibir mungilnya.

"Thank you."

"Welcome."

"Betul ke ini kau belanja?" Mana tidaknya, bila dia menghulur duit, Hazel seboleh-boleh menolak. Katanya hendak belanja. Dia pula yang menjadi serba salah dengan kebaikan gadis itu.

"Hish! Ya lah!" Mango smoothie di tangannya disedut. Tersenyum dia dengan kemanisan air itu. Rasa yang manis membuatkan dia merasakan sebuah ketenangan.

"Jom, pergi laut!" ajak Hazel dengan penuh teruja. Hazel berlari meninggalkan Antalya.

"Hazel tunggu!" Antalya mengejar langkah Hazel yang sudah jauh ke hadapan.

Hazel berhenti berlari apabila Antalya sudah mendekat. Akibatnya Antalya terbabas ke hadapan. Gadis itu tergelak terbahak-bahak.

"Kau ini!" Antalya berpaling ke belakang memandang Hazel yang tergelak. Geli hati apabila dapat mengenakan gadis itu.

"Dah, jom." Hazel memeluk lengan Antalya. Mereka berjalan beriringan. Lebih kurang 400 meter dari kedai minuman tadi, barulah mereka sampai di laut. Cuaca pula hari ini tidak panas. Redup sahaja.

"Wah!" Hazel tersenyum riang. Tangannya didepakan. Angin laut menampar lembut wajahnya. Segar dan tenang.

"Kau dah pernah pergi sini?" tanya Antalya.

Antalya mengambil tempat duduk di atas dahan pokok yang terdapat di tepi laut itu. Dahan pokok itu berada di atas pasiran pantai.

"Tak. First time." jawab Hazel jujur. Selama dia tinggal di sini, tidak pernah lagi dia datang ke laut itu. Antalya mengangguk faham.

"Dekat sini tak ada orang mandi laut, ke?" tanya Hazel apabila melihat tiada sesiapa yang mandi di laut tersebut. Hanya ada yang duduk bersantai di tepi laut sahaja.

"Tak ada. Dekat sini orang datang cuma untuk melepak saja biasanya."

Hazel mengangguk faham.

"Masa kita lalu jalan nak pergi sini, kau nampak kosong, kan?" Hazel mengangguk.

"Biasanya jalan itu hujung minggu penuh. Orang main basikal, skateboard, roller blade. Ada yang melepak. Malam lagi meriah."

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now