22

11.1K 1K 61
                                    

-The greatest gift is not
found anywhere,
but in the hearts of
t are you e, f are I e and the s-

-The greatest gift is notfound anywhere, but in the hearts of t are you e, f are I e and the s-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau nak join aku tak hari ini?" tanya Lucas. Hazel mengerutkan dahinya. Kuaci yang sudah dikopek kulitnya di makan.

"Join? Pergi mana?" tanya Hazel pelik. Mereka berdua sedang melepak di belakang bangunan tempat biasa Hazel melepak. Ya, mereka sudah kembali ke sekolah setelah cuti sekolah selama seminggu.

Mesti tertanya-tanya di mana yang lain bukan? Sebenarnya Theo, Jayden dan Ethan ada saja di kelas masing-masing sedang belajar. Cuma Lucas dan Hazel sahaja yang ponteng kelas.

Hazel ponteng kerana tidak mahu menghadap rakan sekelasnya yang seperti budak-budak itu. Hari itu bermain campak-campak beg sekolahnya. Hari ini main sorok-sorok barang-barang dia pula.

Masa dia membuka beg sekolahnya tadi, dia lihat semua barang-barang di dalam begnya sudah tidak ada. Dia cuma jumpa satu saja, iaitu pencil case-nya. Itupun di atas almari yang berada di dalam kelasnya. Lawak bukan?

Lucas pula? Tidak perlu menanyakan soalan itu. Sudah banyak kali diberitahu bahawa Lucas seorang yang suka ponteng kelas kerana malas hendak belajar. Jadi, disebabkan itulah Lucas dan Hazel di situ.

"Ada lah. Kau nak join, tak?" balas Lucas. Dia terus menelan beberapa biji kuaci tanpa mengopek kulitnya. Malas sudah dia hendak mengopek satu-persatu kuaci tersebut.

"Kau tak nak bagitahu aku pergi mana. Jadi aku tak nak join kau." Disorok plastik kuaci di belakang badannya.

Risau dia melihat cara Lucas makan kuaci-kuaci tersebut. Kalau jejaka itu mati tercekik di situ bagaimana?

Selepas itu, kalau polis tangkap dia dan syak dia membunuh sebab berkongsi kuaci dengan Lucas macam mana? Dia terlalu cantik untuk mereput di dalam penjara. Sudahlah belum berkahwin lagi.

Sudahlah dia single. Tidak ada sesiapa mahukannya. Sesiapa boleh tidak bantunya membuat blind date untuknya. Pastikan lelaki itu mengikut cita rasanya seperti yang berikut.

Pertama sekali, sedingin Jayden supaya tidak melayan mana-mana perempuan selain dia dan ahli keluarganya serta keluarga lelaki itu. Hero novel sangat.

Kedua, sebijak Ethan supaya tidak adalah sama-sama kurang bijak nanti bagaikan monyet yang tidak tahu membezakan mana satu bunga mawar dan bunga tahi ayam. Tak ada kena mengena ya.

Ketiga, senakal Lucas supaya hari-harinya ceria sahaja bak matahari yang menyinari bumi tanpa rasa ingin tidur.

Terakhir sekali, selawak Theo supaya hari-harinya dihiasi dengan senyuman yang manis bak air oren yang seperti tertumpah gula sekilang.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now