11

13.3K 1.1K 68
                                    

-Always remember, things will
get better-

"Theo! Mana theo?" Tersentak Hazel dibuatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Theo! Mana theo?" Tersentak Hazel dibuatnya. Dia memegang dadanya. Agaknya boleh mati terkejut dia kalau hari-hari Lucas jerkah macam itu.

"Mana aku tahu." Hazel menyusun barang-barang yang digunakan untuk menghias khemah tersebut. Kalau tak disebabkan cikgu yang menyuruhnya, memang tidaklah dia hendak buat.

"Mana dia pergi, eh? Lepas dah dengki aku blah macam itu saja." bebel Lucas seorang diri. Rambutnya diraup kasar.

"Kau apa hal ini? Gaya macam putus cinta." tegur Ethan pelik. Jayden turut ada di situ mengikuti Ethan.

"Kau nampak Theo?" tanya Lucas kepada Ethan. Ethan menggelengkan kepala tanda dia tidak nampak.

"Kau pula Jay. Nampak Theo?" tanya Lucas kepada Jayden pula.

Jayden mengangkat bahu tanda tidak tahu. Sesekali tangannya mengusik barang-barang di dalam kotak tetapi tangan Hazel laju menepuk. Jayden menjeling.

"Kenapa cari Theo?" tanya Hazel ingin tahu. Pelik juga dia kerana Lucas kelihatan marah.

"Kau tahu dia buat apa semalam?" tanya Lucas.

Hazel menggeleng laju. Jayden hanya diam. Dia tahu apa yang Theo buat.

"Dia masukkan nama aku dalam acara lumba jalan kaki tahu tak!"

Tanpa dapat dibendung lagi, Hazel dan Ethan tertawa. Jayden menahan tawanya. Jarinya dibawa ke bibir manakala ibu jari di bawah dagu.

"Tak boleh bayangkan kalau kau jalan lenggok-lenggok macam itu." usik Hazel. Dia menyambung tawanya.

"Sekarang ini mana mamat jambu itu?" tanya Lucas geram.

Matanya melilau memandang antara pelajar-pelajar di padang. Matanya turut melilau memandang ke tempat-tempat duduk ala-ala stadium itu.

"Tak tahu." balas Hazel. Dia memandang Ethan.

Ethan turut membalas pandangan. Tawa mereka terlepas apabila membayangkan Lucas ala-ala badboy itu berjalan dengan penuh lenggok.

"Hish! Kau orang ini!" Lucas menjeling sahabat-sahabatnya itu sebelum berlalu pergi ingin mencari Theo.

Semalam dia tidak hadir latihan rumah sukan kerana menghantar adiknya ke klinik. Alih-alih dia datang latihan rumah sukan hari ini, pengerusi Topaz kata salah satu acara yang dia masuk adalah acara lumba jalan kaki.

Dia sepatutnya tidak percaya kepada Theo supaya memberitahu pengerusi Topaz acara yang ingin dia masuk. Sepatutnya dia suruh Hazel.

"Theo!" jerit Lucas apabila melihat Theo yang sedang melepak di atas tilam lompat tinggi bersama Brandon.

"Alamak! Mampus aku!" Theo bangkit berdiri ingin melarikan diri.

"Apa...argh!" Brandon mengerang sakit apabila Theo memijak badannya. Rasa macam nak terkeluar segala organ badannya.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now