31

10K 957 117
                                    

-You simply are the best.
Never spend a moment doubting
it. Keep shining, my bright star-

 Keep shining, my bright star-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazel mengeliat malas. Dia menutup mulutnya dengan tangan kanannya apabila menguap. Selimut diselak ke tepi. Dia sudah sihat sepenuhnya. Selama tiga hari dia bercuti, empat jejaka itu rajin menjenguknya termasuk Antalya.

Hazel melihat tarikh pada hari ini. Dia tersenyum lebar. Dia berdiri di atas katil lalu melompat-lompat.

"Happy birthday, Hazelizz Zachary!" jeritnya kepada diri sendiri. Siap dia menari-nari lagi dengan penuh teruja.

Dia turun dari katil lalu mengemas katilnya. Tuala yang tersangkut dicapai. Dia berlari masuk ke dalam bilik air.

Usai mandi, dia memakai uniform sekolah. Hazel berdiri dihadapan cermin. Rambutnya dirapikan. Dia membuat flying kiss. Hazel tergelak sendiri.

Terlihat di atas meja belajarnya terdapat sekotak hadiah bersama kad. Kad tersebut dicapai lalu dibuka.

Happy birthday anak mama dengan papa. Semoga panjang umur. Belajar rajin-rajin. Stay pretty okey? We love you.

Hazel tersenyum lebar lalu kad diletakkan ke tepi. Penutup kotak hadiah itu dibuka. Terdapat satu buku motivasi dan satu gambar. Gambar mereka sekeluarga yang lengkap.

Hazel tersenyum. Ditutup semula kotak hadiah tersebut dan dibiarkan sahaja di atas meja. Beg sekolahnya dicapai. Dia melangkah keluar dari biliknya. Terlihat figura Ethan di situ. Ethan tersenyum kecil.

"Awal kau ssampai." Hazel mengambil tempat duduk di meja makan. Roti dicapai lalu dimakan begitu sahaja.

Gardenia!
Sungguh enak dimakan begitu saja!
Oh Gardenia!
Sungguh enak dimakan begitu saja!

"Happy birthday." ucap Ethan. Hazel mengangkat wajah lalu tersenyum lebar.

"Thank you. Kau ingat pula birthday aku?" Ethan menunjuk skrin telefonnya ke arah Hazel.

"Aku buat reminder untuk birthday kau orang." Hazel tergelak kecil. Ethan tersenyum lalu menarik kerusi dan duduk.

"Kau agak dia orang ingat tak birthday aku?" tanya Hazel ingin tahu.

"Dia orang?"

Hazel mengangguk. Ethan mengangkat kedua belah bahunya.

"Aku rasa tak. Selama aku berkawan dengan dia orang bertiga, tak pernah dia orang ingat birthday aku. Dia orang ingat bila ada orang lain yang wish birthday aku depan dia orang." Hazel tergelak.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now