25

10.5K 948 77
                                    

-Don't do something permanently
stupid just because you're
temporary upset-

-Don't do something permanently stupid just because you're temporary upset-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lucas melangkah masuk ke dalam studio di dalam rumahnya. Terlihat Lily duduk di kerusi piano sambil membelek buku pianonya.

"Hey, whats up?" tegur Lucas. Lily berpaling. Dia tersenyum melihat abangnya itu.

"Good." balas Lily. Dia mula menekan kekunci piano itu menjadi sebuah melodi yang sentimantel.

"Sekolah okey?" tanya Lucas. Gitarnya dipetik perlahan.

"Okey. You know what, hari ini Luke bergaduh lagi." Lucas mengangkat wajahnya. Lily memandang Lucas.

"Why?"

"Dia cari masalah. Saja nak cari pasal dengan orang. I saw it. Orang itu tak buat apa-apa tapi dia saja langgar. Then, dia orang bertumbuk." cerita Lily. Lucas mengeluh.

"Then?"

"Luke kena denda. Cuci tandas dua minggu." balas Lily.

"Kenapa dia macam itu." Lucas meraup rambutnya ke belakang. Luke memang selalu mencari masalah. Luke memburukkan nama keluarga mereka.

"Pengaruh rakan sebaya. Kawan-kawan dia semua badboys." Lucas mengangguk. Luke menjadi begitu kerana pengaruh rakan sebaya.

"I don't know but I think Luke patut pindah sekolah." Lucas memandang Lily.

"Lucas dah bincang dengan mama dan papa. Mama dengan papa dah uruskan hal perpindahan."

Lily mengangguk faham. Kedua ibu bapa mereka sudah mengambil tindakan kerana perangai Luke yang agak teruk.

Mungkin perangai Lucas yang selalu main-main membuatkan orang merasakan yang dia agak kebudak-budakan tetapi kalau melibatkan Luke, tiada lagi perangai kebudak-budakan dia.

Lucas ialah abang yang terbaik. Lucas sanggup buat apa sahaja untuk keluarga dia sendiri. Dia sanggup tutup kesalahan Luke kerana tidak mahu mama dan papa mereka tahu.

Setakat ini kedua ibu bapa mereka cuma tahu yang Luke seorang kaki gaduh sahaja. Masalah Luke yang lain awal-awal Lucas sudah menutupnya dengan baik.

Sekarang Lucas cuba mengubah semula perangai Luke yang agak teruk itu. Dia mahukan Luke yang dahulu.

"Sekolah mana?"

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now