08

13.6K 1.2K 91
                                    

-Best friends know how to make
you smile-

-Best friends know how to makeyou smile-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awal kau orang datang." tegur Hazel apabila empat orang kawannya itu sudah berdiri di hadapannya.

Dia perasan apabila rakan sekelasnya memandangnya dari kaca lut sinar kecil yang berada di pintu. Kaca lut sinar itu boleh menampakkan luar dan dalam kelas.

Hazel hanya diam sahaja. Dia perasan mereka menjelingnya. Theo, Lucas, Ethan dan Jayden perasan tentang itu turut memandang ke pintu kelas.

Mereka berempat membuat isyarat mata antara satu sama lain. Tiba-tiba Lucas tergelak.

"Tak guna! Aku tak faham!" bisiknya perlahan. Masing-masing membuat muka toya.

"Saja datang awal. Aku lapar. Jom." Jayden mencapai beg sekolah Hazel lalu dia menyandangnya dan berlalu pergi. Kalau hendak tunggu Lucas faham isyarat dia orang memang lambat.

"Eh!"

"Dah jom!" Ethan memeluk leher Hazel lalu mereka berjalan mengikuti langkah Jayden.

Theo menepuk belakang kepala Lucas.

"Lembab!" Theo berlari mengikuti langkah sahabat-sahabatnya.

Lucas menggosok kepalanya yang diketuk. Dia membebel perlahan. Kemudian, dia memandang semula ke arah pintu kelas Hazel. Senyuman sinis terhias di bibirnya. Langkahnya di bawa mengikuti yang lain.

"Hari ini kau nak makan apa? Aku belanja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hari ini kau nak makan apa? Aku belanja." tanya Ethan kepada Hazel. Mereka melihat menu yang ada untuk hari ini.

"Tak apa lah. Aku beli sendiri." tolak Hazel.

Sedikit sebanyak dia termakan dengan kata-kata Natalie. Dia berkawan bukan kerana harta tetapi kerana keikhlasan hatinya.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now