13

13.6K 1.1K 60
                                    

-Smile is the best way to
hide your pains-

-Smile is the best way tohide your pains-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazel melangkah laju ke sekolah. Sedar dia sudah terlambat hendak ke sekolah. Sudahlah hari ini merupakan hari sukan tahunan di sekolahnya.

"Hazel!" jerit seseorang dari jauh.

Kepalanya menoleh ke belakang. Dia terkejut dan dalam masa yang sama dia teruja. Dia tersenyum melihat kelibat empat sekawan itu. Hazel membalas lambaian Theo dan Lucas.

"Morning!" ucap Theo dengan senyuman di bibirnya itu.

"Morning." ucap Hazel kembali.

Mereka berlima berjalan bersama-sama di dalam satu kumpulan. Theo dan Lucas berada di kiri dan kanan Hazel manakala Jayden dan Ethan berada di belakang mereka.

"Mana motor kau orang?" tanya Hazel pelik.

Selalunya mereka berempat naik motor. Pelik apabila melihat empat jejaka itu berjalan kaki. Sudahlah kedudukan rumah masing-masing jauh. Oh ya kecuali Theo. Rumah lelaki itu tidak jauh dari sekolah.

"Dekat sekolah. Kita orang datang sini jalan kaki. Nak jalan sekali dengan kau." balas Theo.

Tangannya memeluk leher Hazel. Kadang-kadang dia menjadi hairan kerana empat jejaka itu sangat suka memeluk lehernya.

"Seriuslah? Kenapa susah-susah? Aku boleh saja jalan kaki sendiri. Kan menyusahkan kau orang. Dah datang sekolah. Selepas itu, jalan kaki pula pergi rumah aku." ujar Hazel. Dia terkejut dengan pernyataan Theo itu.

"Untuk kau tak ada benda yang jadi susah. Semuanya senang." Si badboy yang bermulut manis, Lucas mula berbicara.

Hazel tergelak kecil.

"Tapi sampai kau saja jadi bala." celah Ethan.

Lucas mendengus geram. Dia berpusing ingin mencekik Ethan tetapi Hazel menahan. Ethan tersenyum mengejek. Pagi-pagi lagi dua manusia itu hendak bergaduh.

"Eh kau dah breakfast belum, Hazel?" tanya Theo kepada gadis itu.

Hazel menggelengkan kepalanya sebagai jawapan. Dia terlambat bangun tadi. Tidak sempat hendak sarapan.

"Ethan." panggil Theo.

Ethan menghulur satu beg kertas yang berisi mangkuk berjenama Tupperware di dalamnya.

"Apa ini?" tanya Hazel pelik. Beg kertas itu disambut. Dia melihat isi dalamnya.

"Breakfast." balas Ethan ringkas.

"Aku punya?" tanya Hazel inginkan kepastian.

Ethan menganggukan kepalanya.

"Khas daripada Chef Ethan." celah Theo.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now