26

9.9K 1K 75
                                    

-There's no best buddy
like a brother-

Luke melangkah masuk ke dalam perkarangan Harlley Private Highschool

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Luke melangkah masuk ke dalam perkarangan Harlley Private Highschool. Kagum? Tak ada masa dia mahu kagum.

Dia perasan banyak mata yang tertumpu ke arahnya. Lagi-lagi mata milik kaum perempuan. Namun Luke tetap dengan muka dinginnya sahaja.

"Lucas bad mood, ke?"

"Haah, kan? Selalu dia senyum."

"Tak awal sangat ke Lucas datang?"

"Betul juga itu. Selalu dia masuk 5 minit sebelum pukul 8. Tak pun paling awal 10 minit awal."

"Lucas nampak lain lah."

Luke tersenyum sinis. Rupanya, boleh tahan popular abangnya itu. Luke bersandar di sebatang pokok berdekatan dengan tempat letak motor.

"Hai." Terlihat dari jauh kelibat abangnya Lucas yang melambai ke arah beberapa pelajar.

"Eh tadi bukan ke Lucas dah sampai?"

"Belumlah."

"Eh betul tadi dah sampai."

Lucas berjalan mendekati Luke. Hari ini dia memandu kereta. Jadi dia terpaksa jalan dari padang hingga ke tempat letak motor kerana Luke menunggunya di situ. Dia yang menyuruh Luke tunggu di situ.

Sebuah motor berkuasa tinggi melintasi Lucas dan masuk ke dalam parking di hadapan Luke. Helmet dibuka.

"Good morning, world!" Theo menjerit sambil mendepakan tangannya. Kepalanya didongak sambil matanya terpejam.

Theo berpaling ke kanan apabila terasa dirinya diperhati. Terkejut dia melihat Luke yang memandang lurus tepat ke arahnya dengan pandangan yang dingin.

"Lucas! Eh sekejap." Theo memerhati Luke atas dan bawah. Matanya dipicingkan.

"Luke?" Theo dapat mengecam Luke. Senang sahaja untuk membezakan antara Lucas dan Luke.

Luke mempunyai rambut yang lebih tebal berbanding Lucas. Anak matanya pula yang berwarna kelabu itu lebih cair jika hendak dibandingkan dengan Lucas yang agak pekat.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Theo pelik. Dia agak janggal apabila bersama Luke kerana mereka tidaklah rapat mana.

"Sekolah." balas Luke ringkas.

"Hey, buddy." tegur Lucas dengan senyuman.

Theo tersengih. Lucas dan Theo melagakan tumbukan. Luke pula hanya memerhati.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now