06

15.2K 1.2K 102
                                    

-When you are with
your best friends,
it is the precious time-

"Diri tegak-tegak!" Mereka berlima berdiri tegak di tengah padang itu seperti yang diarahkan Mr Nolan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Diri tegak-tegak!" Mereka berlima berdiri tegak di tengah padang itu seperti yang diarahkan Mr Nolan.

Mr. Nolan memandang tajam anak-anak muridnya itu.

Dia memerhati seorang demi seorang. Pelajar yang sama melanggar peraturan sekolah. Cuma bezanya hari ini ada seorang pelajar perempuan sahaja.

Hazel berdiri di tengah-tengah. Ethan di sebelah kirinya diikuti Jayden di sebelah Ethan. Theo di sebelah kanannya diikuti Lucas di sebelah Theo.

"Siapa benarkan awak pakai baju sukan? Tahukan peraturan sekolah hanya pakai baju sukan masa waktu PE sahaja. Selepas itu, kena tukar balik kepada uniform." marah Mr. Nolan.

Lucas menggaru kepalanya yang tidak gatal. Theo pula menahan senyuman di bibirnya.

Hazel menelan air liur payah. Tidak pernah dia dimarahi Mr. Nolan. Ethan dan Jayden hanya diam memandang guru itu.

"Aduh! Macam mana nak explain eh? Macam ini, mister. Tadi Hazel ini jatuh longkang. Yang lain ini nak selamatkan. Saya yang nampak dia orang dalam longkang ini macam seronok saja, saya join lah sekali. Jadi takkan kita orang nak pakai uniform yang dah bau longkang. Kalau mister mesti tak nak pakai lagi, kan?" jawab Lucas panjang lebar.

Hazel membulatkan matanya apabila Lucas dengan sengaja memalukannya. Walaupun cerita itu tak betul tapi benda itu memalukan!

Dia perasan Theo sudah tergelak. Ethan dan Jayden memandang Lucas sekilas. Sudah agak Lucas akan membuat cerita.

"Menjawab! Ha yang itu kenapa gelak? Nampak saya buat lawak mega dekat depan ini, ke?" Theo terdiam semula apabila dimarahi.

Mr. Nolan memandang Lucas semula.

"Tangan!"

"Lah saya dah explain pun kena sebat ke, mister?" rungut Lucas. Dia cuba mengelak untuk dirotan.

"Menjawab! Dua kali!"

Lucas menghulur tangannya dengan pasrah.

Pap! Pap!

"Sakitlah, mister. Kenapa kuat sangat?" rungut jejaka itu.

"Nak kena lagi, ke?" Lucas menggeleng laju. Kau gila? Berbilai woi telapak tangan!

"Yang lain!"

Pap! Pap! Pap! Pap!

Hazel mengaduh sakit perlahan. Sumpah sakit! Ini lagi sakit dari kena rotan dengan Madam Caren.

"Diri sampai balik!" Mr. Nolan berlalu pergi.

"Asal lah meeting boleh habis awal pula?" keluh Lucas. Tidak pasal-pasal mereka di denda. Sudah lah panas.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now