39

9.1K 931 61
                                    

-It is sad when you get
hurt so much, and people say
'i'm deserve it'-

-It is sad when you gethurt so much, and people say'i'm deserve it'-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkah Hazel terhenti melihat Lucas, Theo, Ethan dan Jayden. Pasti keempat-empat jejaka itu hendak pergi rehat. Dia pula hendak ke kelas.

Dia memejamkan matanya lalu menarik nafas perlahan. Dia boleh hadapi semua ini. Bukunya dipeluk erat.

Buka sahaja mata, matanya bertembung dengan empat jejaka itu. Sebentar sahaja sebelum mereka mengalihkan pandangan. Mereka sudah kembali ke sekolah hari ini selepas di gantung sekolah.

'Kau yang nak semua ini Hazel. Kenapa kau nak terasa hati?' detik hatinya.

Mereka berlima berselisih ketika berjalan. Hazel menunduk. Rasanya lain apabila sahabat sendiri telah menjadi orang asing.

Hazel jatuh terduduk di atas lantai apabila seseorang menolaknya dari belakang. Victoria menuang sampah di dalam bakul sampah ke atas kepala Hazel. Sabrina dan Natalie mentertawakan Hazel.

"Woo!" Riuh rendah lorong yang terletak locker pelajar itu dengan sorakan pelajar.

"Rasakan!"

"Memang layak pun kau mandi sampah. Tak ada beza pun dengan sampah."

Beberapa pelajar mengambil peluang membaling gumpalan kertas dan botol kosong ke arahnya. Hazel memejam matanya.

Ramai yang mentertawakannya termasuk Lucy.

Lucas, Theo, Ethan dan Jayden berpaling memandang ke arah Hazel.

"Jom." ajak Lucas. Lucas berjalan mendahului yang lain berlalu pergi dari lorong itu.

Theo dan Jayden mengikuti langkah Lucas. Ethan memandang Hazel buat kali terakhir sebelum mengejar langkah sahabat-sahabatnya.

Hazel bangkit berdiri. Bukunya yang berada di atas lantai itu dicapai. Dia memeluk bukunya sebelum berlalu pergi.

"Loser!"

Hazel hanya membiarkan sahaja. Dia sudah lali dengan nama panggilannya itu. Dulunya 'sombong', sekarang sudah bertukar kepada 'loser'.

Lucy memandang langkah Hazel. Dia juga memandang figura empat jejaka itu yang sudah hilang. Dia berpeluk tubuh lalu tersenyum sinis.

Nampaknya ganjaran untuknya apabila Hazel sudah tidak bersapa lagi dengan Lucas, Theo, Ethan dan Jayden. Bertambah mudah untuknya membuat Hazel keluar dari sekolah ini.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now