43

10.3K 1K 124
                                    

-It's hard to beat a person
who never gives up-

-It's hard to beat a personwho never gives up-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Masing-masing diam sahaja sejak dari tadi. Tiada seorang pun yang bersuara. Suasana di antara mereka berempat sangat sunyi. Hanya bunyi kipas yang berpusing kedengaran.

"Kau orang." panggil Ethan memecahkan kesunyian. Dia berfikir sejenak. Sekarang mereka berempat berada di kolam renang sekolah itu.

"Kau orang tak rasa ada something fishy ke pasal kes Hazel ini?" tanya Ethan. Dia memandang wajah Lucas, Theo dan Jayden.

"Aku dapat rasa yang Hazel kena aniaya." balas Jayden. Tangannya disilangkan ke dada. Kolam dipandang.

"Aku pun rasa macam itu juga." sokong Lucas. Theo menganggukkan kepalanya setuju.

"Hazel tak minum alkohol, right? Dia tak pernah minum alkohol seumur hidup dia." kata Lucas.

Theo mengangguk laju menyokong.

"Dia pun tak suka rokok. Dia tak suka orang merokok. Dia tak suka bau asap rokok." sambung Theo pula. Ethan memetik jarinya.

"Something fishy here." kata Ethan. Dia berfikir sejenak.

"I got it." Ethan bangkit berdiri lalu berjalan pergi. Masing-masing mengerutkan dahi dengan tingkah Ethan.

"Ikut sajalah." ajak Jayden. Lucas, Theo dan Jayden bangkit berdiri. Mereka bertiga mengikuti langkah Ethan.

Ethan berhenti di hadapan locker Hazel. Dia menekan nombor 2468. Sama seperti kata kunci di dalam telefon Hazel. Pintu locker terbuka.

"Lol, Hazel. Kenapa lah tak cari password yang susah?" gumam Ethan perlahan.

"Buat apa dekat sini?" tanya Theo pelik. Diperhati sahaja tingkah Ethan.

Ethan membuka pintu locker tersebut. Terlihat kosong sahaja locker tersebut kecuali ada satu kotak di situ.

Kotak yang Hazel larang untuk dia sentuh dahulu. Katanya bukan Hazel yang punya. Milik orang lain.

Laju sahaja Ethan mencapai kotak tersebut. Terdapat beberapa kertas yang dilipat. Kertas tersebut merupakan surat.

Dia menuang isi kotak tersebut ke dalam locker Hazel. Lebih kurang dalam sepuluh helai kertas. Dicapai satu kertas lalu lipatannya dibuka. Dia membacanya.

"Guys." panggil Ethan. Dia memandang Lucas, Theo dan Jayden. Kertas di tangannya ditunjuk.

Jayden merampas kertas tersebut lalu di baca. Ethan membuka lipatan kertas yang lain. Lucas dan Theo mencapai kertas yang lain.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now