37

8.6K 912 122
                                    

-Pain will end, maybe
not now but soon-

Hazel mengesat wajahnya yang dibasahi air yang disimbah salah seorang pelajar perempuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazel mengesat wajahnya yang dibasahi air yang disimbah salah seorang pelajar perempuan. Untuk empat hari ini, dia sudah lali dilakukan seperti itu.

Hatinya langsung tidak terusik dengan tingkah pelajar-pelajar sekolah itu yang boleh dikatakan membulinya. Bukan dia tidak pernah kena sebelum ini dengan rakan sekelasnya.

"Hai."

Hazel mendongak memandang
Lucy dan gengnya.

"Aku duduk, eh?" Lucy mengambil tempat duduk di hadapan Hazel.

Sabrina dan Victoria berdiri di sisi Hazel manakala Natalie di belakang Lucy. Lucy tersenyum sinis. Badannya di dekatkan ke meja. Dia menopang dagu.

"Aku nak bagitahu sesuatu ini " ujar Lucy.

Hazel memandang Lucy tanpa riak. Apa yang dikata oleh Lucy akan diakhiri dengan perbuatan yang sengaja ingin memalukannya. Dia sangat yakin dengan itu.

"Aku dah lama tunggu saat itu. Saat di mana kau jatuh tergolek. Masa itu tak ada sesiapa dengan kau. Kau cuma seorang. Masa itu semua pandang rendah dekat kau." ujar Lucy. Lucy duduk tegak semula.

"Jangan kacau aku." Hazel ingin bangkit berdiri tetapi Sabrina dan Victoria menekan bahunya sehingga dia terduduk semula.

"Jangan berlagak sangat Hazel. Ada masa kau akan jatuh tersungkur juga. Masa itu aku akan ambil peluang tendang kau dari sekolah ini tapi nampak gayanya kau hampir tersungkur." Lucy bangkit berdiri.

Air milo ais di dalam gelas kepunyaan Hazel dicapai. Dia menuang air milo itu di atas kepala Hazel.

Natalie di belakang merakam aksi itu. Sabrina dan Victoria sudah melepaskan tawa. Begitu juga dengan pelajar yang berada di kafe itu.

"Tak selalunya kita akan berada di atas." ujar Lucy dan tersenyum sinis.

Hazel menunduk menahan tangisannya. Dia terus bangkit berdiri. Dia berlari meninggalkan kafe tersebut.

"Loser!"

Hazel tidak menghiraukan gelaran Lucy kepadanys itu. Apa yang dia tahu sekarang ini, dia ingin melepaskan rasa yang terbuku di hatinya sahaja.

Tempat selalunya dia melepak menjadi destinasinya. Hazel duduk bersandar di pokok itu. Dia melepaskan tangisannya di situ.

Tak. Dia bukan menangis kerana dia dibuli tetapi dia menangis kerana mengingatkan Antalya dahulu yang sering dibuli. Dia jadi sebak.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now