03

15.8K 1.4K 67
                                    

-I'm fine. It's okay-

'Thank you to Sabrina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Thank you to Sabrina. Disebabkan dia, aku kena masuk detention room.' omelnya di dalam hati.

Hazel berjalan perlahan mengikuti langkah Madam Caren. Keluhan dilepaskan sedikit kasar.

Tidak pernah-pernah dia masuk ke bilik tahanan selama dia sekolah di situ dan hari ini dia akan di denda untuk duduk di situ. Bukan itu sahaja. Namanya juga akan masuk ke dalam rekod disiplin.

'The best thing ever!' jeritnya di dalam hati. Dia masih ingat senyuman sinis Sabrina. Bibirnya diketap kuat.

Bukan dia tidak tahu gadis itu telah menipunya. Pasti sengaja ingin membalas dendam kerana hal Milo awal pagi tadi.

Nasiblah dia sejenis yang bersabar. Kalau tidak habis Sabrina dia kerjakan. Dia cuma pegang dua baris ayat ini dalam hidupnya.

'I don't care what they have done to me because I never disturb them.'

'Sabar selagi boleh sabar.'

Disebabkan dua ayat itu, dia masih sabar dengan kerenah rakan sekelasnya. Dia juga ingat pesanan kedua orang tuanya.

'Biar orang buat kita tapi jangan kita buat orang.'

"Faster!"

Hazel tersentak lalu dia berjalan laju mengejar langkah Madam Caren.

"Here you are. Pastikan awak keluar dari detention room ini waktu rehat nanti. Jangan nak buat hal lagi. Nama awak sekarang dah ada dalam rekod disiplin. Don't mess with me. This is your punishment sebab awak tak kisah langsung bila saya dah warning hari itu." ujar Madam Caren dengan garang.

Tahulah Hazel bahawa gurunya itu sangat marah dengannya. Dia menundukkan badannya sedikit apabila Madam Caren berlalu pergi.

"Just be patient, Hazel." ucapnya pada diri sendiri.

Pintu bilik tahanan itu di pandang. Ada papan kecil yang terlekat di pintu itu dan tertulis 'Detention Room'. Pintu dikuak perlahan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now