07

14K 1.2K 142
                                    

-Just be patient. It's okay. It's
gonna be alright-

"Hazel!" Semua mata di dalam kelas itu memandang ke pintu belakang kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hazel!" Semua mata di dalam kelas itu
memandang ke pintu belakang kelas. Pelajar perempuan sudah mula bersorak riang melihat jejaka idaman mereka itu.

'Malunya aku.' gumam Hazel di dalam hati. Dia bangkit berdiri lalu berjalan ke arah empat jejaka itu.

"Kau orang ini. Janganlah datang-datang terus jerit nama aku. Ketuklah pintu dulu. Selepas itu kata nak jumpa aku. Ha selepas itu lalu pintu depan. Bukan pintu belakang. Dah macam penyangak pun ada." marah Hazel.

"Bla bla bla bla." Lucas malas hendak mendengar gadis itu memarahi mereka berempat.

Lagi pula dia yang panggil Hazel tadi. Bukan Lucas Harvey kalau jadi baik. Kalau badboy mesti perangai ala ala penyangak sikit. Itulah yang dia fikirkan.

"Nak apa?" tanya Hazel malas. Dia memandang kiri dan kanan. Takut pelajar perempuan nampak.

Lagipun sepanjang dua minggu dia sudah berkawan dengan mereka berempat, ramai yang mengutuknya dan tidak suka dengannya.

You know? Bila kau orang sebelum ini orang anggap sombong nak mati lepas itu tiba-tiba berkawan dengan orang famous mesti ramai yang cemburu dan tak suka.

"Jom hari ini rehat dengan kita orang." ajak Theo dengan ceria. Tangan Hazel dipegang dan digoyang-goyangkan.

"Malas aku. Aku rehat seorang saja dah okey." Hazel menolak. Dia sudah terbiasa rehat seorang diri.

"Alah kau ini. Dulu kau tak ada kawan boleh ceritalah. Sekarang kita orang dah jadi kawan kau. Bolehlah." pujuk Theo. Dia teringin rehat dengan gadis itu. Lagipun dia ingin melepak dengan gadis itu.

"Err..."

"Jom, sajalah." celah Ethan.

Akhirnya Hazel mengalah jua apabila dipujuk-pujuk sebegitu. Siap Theo melutut bagai. Biasalah kaki drama.

Jayden pula sejak tadi menghadap telefon sahaja. Lelaki itu sedang bermain game. Rupa-rupanya lelaki itu gamers teruk.

Dia ingat lelaki itu seperti Ethan. Rupanya tidak. Patutlah ramai mengatakan Jayden seorang yang agak misteri kerana mereka tidak tahu apa yang Jayden suka.

"Okey cun. Nanti aku call kau kalau dah sampai depan kelas kau."

Hazel membuat muka. Apa benda nak call lagi? Boleh terus panggil kan? Dasar Lucas pemalas!

"Eh sekejap. Call?" kata Hazel. Lebih kepada sebuah pertanyaan. Lucas mengangguk.

"Ya lah call."

"Kau nak call aku guna apa?"

"Guna phone lah. Takkan guna kasut aku pula. Kau ini hari ini bodoh sangat kenapa? Mesti sebab makan ayam semalam, kan?" sindir Lucas kepada Hazel.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now