21

11.1K 1K 28
                                    

-My problem is that i care way too much about people who don't give a sh*t about me-

-My problem is that i care way too much about people who don't give a sh*t about me-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazel sedang duduk di taman rekreasi berdekatan dengan perumahan Ethan itu. Sekejap lagi dia akan pulang ke rumahnya. Hari ini adalah hari keempat dia bercuti di rumah Ethan.

Hazel mengambil peluang untuk melepak di taman rekreasi berdekatan dengan perumahan Ethan. Dia ingin menenangkan fikirannya buat sementara waktu. Selepas makan tengah hari tadi, dia terus saja ke sini.

Hazel mendongak memandang daunan pokok yang mula menguning. Hanya tunggu masa untuk gugur. Ya, musim luruh sudah tiba.

Dia tidak sangka yang sekarang sudah menginjak ke bulan September. Bermakna lebih kurang dua bulan setengah lagi persekolahan bakal ditutup.

Sedar tidak sedar, sudah empat bulan dia berkawan rapat dengan empat jejaka itu. Dalam tempoh empat bulan itu, macam-macam kenangan yang mereka cipta bersama.

Hazel memeluk lutut. Dibawah sepohon pokok yang rendang menjadi pilihannya untuk duduk. Beberapa daun sudah mula gugur. Cantik. Kelihatan sangat cantik sekali.

Dia teringat pertelingkahannya bersama Anna dan Cora semalam. Dia mengeluh. Tangannya yang dikepal dibawa menumbuk perlahan tepi kepalanya. Dia sedih dan marah mendengar kata-kata terakhir Anna itu.

Rupanya dia salah menilai orang. Kalau dulu mungkin dia paling menyayangi Anna dan Cora sebagai sahabat, tetapi tidak lagi sejak setahun yang lalu.

Dia turut lupa. Dengan mudah dia mengecop orang yang paling dia rapat sebagai sahabat tetapi hakikatnya sahabatlah paling susah untuk dijumpai. Mereka berdua hanyalah sebagai kawan rapat sahaja.

Hazel terdengar petikan gitar dibelakangnya. Dia mengeluh. Seseorang telah mengacau ketenteramannya.

"Janganlah kacau, Lucas." Hazel berkata perlahan. Lucas tersengih lalu mengambil tempat duduk di sebelah Hazel.

"Aku belanja kau lagu, nak?" tanya Lucas. Dia cuba untuk menceriakan Hazel yang kelihatan begitu sedih sekali sejak semalam.

"I'm not in a good mood." balas Hazel perlahan. Dia meletakkan pipi kanannya di atas lutut. Bermakna kepalanya menoleh ke arah Lucas yang duduk bersama gitar.

"I don't care." balas Lucas dengan senyuman. Dia mula memetik gitar.

I've been all through to country
From L.A to Kentucky
Met a good girl in Houston, but she knows
That there are bad girls in Paris
No, they wanna get married
And some beautiful ones in Tokyo

Some go to college
Some go to model
Some diggin' for that gold
Some flying solo
Some wanna stay home

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now