23

10.8K 1K 95
                                    

-That's so sweet when couples
act like bestfriends and
bestfriends act like couples-

"Mama dengan papa pergi kerja dulu! Take care! Jangan lupa breakfast!" ujar Puan Rozy separa kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mama dengan papa pergi kerja dulu! Take care! Jangan lupa breakfast!" ujar Puan Rozy separa kuat.

"Okey! Take care too!" balas Hazel yang berada di bilik.

Encik Zachary dan Puan Rozy melangkah ke pintu. Puan Rozy membuka pintu rumah. Dia mengusap dadanya kerana terkejut. Encik Zachary
tersenyum sahaja.

"Hai mama! Papa!" Lucas melambai ke arah Puan Rozy. Puan Rozy tidak membalas malah tangannya menghinggap di lengan Lucas.

Ethan tergelak kecil. Jayden pula tersenyum.

"Sakitlah mama!" Lucas memuncungkan bibirnya. Lengannya digosok. Boleh penyek otot dia nanti kalau selalu kena pukul.

"Terkejut mama tahu." Puan Rozy bercekak pinggang di hadapan Lucas. Lucas tersengih sahaja.

"Kita dah lambat ini." ujar Encik Zachary kepada isterinya itu. Puan Rozy mengangguk.

"Hazel ada dekat dalam bilik. Masuklah. Pesan dekat Hazel suruh breakfast. Macam biasa masak sendiri. Kalau tidak, dia tak nak makan. Okey lah mama dengan papa pergi dulu."

"Hati-hati pergi sekolah nanti" pesan Encik Zachary. Ketiga-tiga jejaka itu mengangguk.

"Bye!" Encik Zachary dan Puan Rozy membalas lambaian sebelum memboloskan diri ke dalam kotak lif.

Lucas, Ethan dan Jayden melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup. Jayden awal-awal mengambil tempat duduk di atas sofa. Televisyen dibuka. Ethan pula ke dapur.

"Hazel!" Lucas menjerit riang. Hazel berlari keluar dari biliknya apabila terdengar namanya dijerit. Siapa pula datang pagi-pagi buta ini?

Terbuntang mata Hazel melihat Lucas yang tersenyum riang. Jayden yang sedang menonton televisyen. Cuma dia tidak perasan Ethan yang berada di dapur.

Hazel yang sedang menggosok gigi membawa berus giginya ke sisi. Telapak tangan kirinya diletakkan di hadapan mulutnya untuk menutup mulutnya yang penuh dengan buih putih itu dari kelihatan.

Hazel masih lagi memakai pijama kosong berwarna biru gelap. Rambutnya pula digayakan dengan messy bun. Dia baru sahaja hendak mandi.

"What the heck? Kau baru nak mandi?" Ethan menegur dari belakang.

Hazel menoleh ke belakang. Lucas tersengih dan Jayden pula tidak memandang Hazel.

"Kau orang buat apa dekat sini!"

Hazel berlari masuk ke dalam biliknya. Pintu biliknya dikunci. Dia ingin mandi dan boleh dikatakan dia malu sebenarnya. Jejaka-jejaka itu sudah melihat wajah baru bangun tidurnya.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now