05

15.2K 1.2K 91
                                    

-They are like a star, become more
brightness when you're alone-

-They are like a star, become morebrightness when you're alone-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I want nobody, nobody but you!" Theo menepuk-nepuk tangannya. Lirik yang sama dinyanyikan lagi lalu tangannya ditepuk lagi mengikut rentak.

"Bisinglah kau ini." marah Ethan. Matanya memandang ke arah skrin telefonnya semula. Nak belajar pun tak senang!

"Kalau tak nak dengar, tutuplah telinga." balas Theo dengan muka yang tidak bersalah.

"Masalahnya aku dah pakai airpod ini tapi masih dengar suara katak kau itu." ujar Ethan lagi.

Theo mencebik.

"Whatever." kata Theo dengan reaksi yang sengaja ingin mencari pasal.

Sengaja hendak buat Ethan naik darah dengan perangainya. Dia menyanyi lagi tetapi dengan nada yang lebih kuat.

Ethan hanya bersabar sahaja. Dia menyambung ulangkajinya. Jayden di sebelah hanya bermain game. Ethan mengeluh lagi.

"Jayden, please."

Jayden memandang Ethan. Bahunya diangkat. Kakinya yang berada di atas meja digoyang-goyangkan.

Lelaki itu menyambung bermain permainan videonya. Cukup bising dengan bunyi tembakan di dalam game PUBG itu.

Ethan mengetuk kepalanya perlahan dengan telefon ditangannya. Dia bangkit berdiri. Tidak senang dia hendak belajar dengan suasana seperti itu. Kakinya melangkah pergi.

"Woi! Pergi mana?" jerit Theo apabila lelaki itu melangkah pergi meninggalkan kelas 5 Bronze 3 itu. Semua guru sedang bermesyuarat dan sekarang kebanyakan pelajar berkeliaran.

"Mati!" balas Ethan. Dia berjalan tanpa hala tujuan. Kakinya melangkah ke belakang bangunan. Dia kenal dengan figura itu.

"Hazel." tegur Ethan.

Hazel yang sedang bermain dengan Milo mendongakkan kepalanya. Dia mengukir senyuman nipis untuk lelaki itu.

Ethan membalas senyuman itu. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Hazel dan turut menyandarkan badannya di batang pokok.

"Kau buat apa dekat sini seorang-seorang?" tanya Ethan. Hazel masih lagi membelai Milo.

"Aku memang biasa lepak dekat sini." balas Hazel.

Terasa sedikit janggal kini. Mungkin kerana ini adalah Ethan dan bukan Theo atau Lucas yang banyak mulut.

"Mana yang lain?" tanya Hazel. Mungkin dia sudah berasa selesa hendak berkawan dengan empat lelaki itu. Entahlah.

"Theo dengan Jayden ada dalam kelas dia orang. Lucas aku tak tahu." jawab Ethan. Tangannya naik membelai Milo. Dia tersenyum.

"Kucing kau, ke?" tanya Ethan kepada gadis itu. Hazel menggelengkan kepalanya.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now