48 | END

13.9K 1.1K 280
                                    

-They are always with me when I
need them, I just hope they will stay
by my side until my last breath-

-They are always with me when Ineed them, I just hope they will stayby my side until my last breath-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazel menguap. Mengantuk. Mana tak mengantuk kalau malam tadi dia sibuk menyiapkan tugasannya sehingga tidak tidur langsung. Boleh pula ada orang tumpahkan air di atas lakaran yang dia buat. Air manis pula itu. Ingat senang ke nak buat?

Menangis dia sebab kena buat balik. Memang penat dia. Sudahlah tambah lagi tugasan yang baharu.

Hazel bangkit berdiri apabila semua pelajar di dalam dewan kuliah itu melangkah keluar. Dia berjalan malas keluar. Penat. Kalau boleh nak baring atas lantai ini terus tidur.

"Hazel! Hazel!" Theo memanggil teruja. Dia melambai ke arah Hazel dari jauh.

Hazel menunjukkan riak terkejut. Segar biji matanya jadinya.

Dia memandang kanan dan kiri. Beberapa orang memandang ke arahnya. Ada yang berbisik. Ha sudah! Mamat ini nak buat dia jadi terkenal pula, ke?

"Hai, babe." Lucas muncul di hadapannya. Sebelah matanya dikenyitkan.

Membulat mata Hazel. Lagi seorang bala. Dia memandang kiri dan kanan Lucas. Hanya ada Theo yang baru sampai.

"Kau memang cari pasal Lucas Harvey." ujar Hazel geram kepada Lucas. Lucas tertawa kerana memahami kata-kata Hazel itu.

"Weyh! Itu Lucas, kan? Penyanyi itu, kan?"

"Tak mungkinlah."

"Oh my gosh! Lucas!"

"Lucas! Itu Lucas!"

"Lucas Harvey!"

"Jom, blah cepat." Hazel menarik tangan Lucas. Tangan Theo turut ditarik. Tak sempat lelaki itu hendak memeluk Hazel, sudah ditarik pergi.

"Kejar!"

Bermulalah larian tiga orang sahabat itu apabila dikejar dek peminat Lucas. Theo tertawa riang.

"Serius syok kau orang!" jerit Theo teruja.

"Diamlah!" marah Hazel.

Hazel menarik kedua-duanya tunduk di tepi sebiji kereta yang berada di parking. Masing-masing menarik nafas lega apabila peminat-peminat Lucas berlari melepasi tempat mereka menyorok.

"Sengallah kau ini!" Ditepuk kuat belakang kepala Lucas.

Lucas mengaduh sakit. Dia menggosok belakang kepalanya.

"Kau keluar macam itu saja?" Lucas tersengih.

"Theo kan ada."

"Kepala lutut kau. Dah tahu kau itu artis. Jangan gatal-gatal nak keluar macam itu saja. Dibuatnya dia orang serang aku dengan Theo semata-mata nak tangkap gambar dengan kau macam mana? Kau tahu kan peminat kau bukan main agresif lagi." bebel Hazel panjang lebar.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now