24

10.4K 971 51
                                    

-Don't wait for things to get better.
Life will always be complicated.
Learn to be happy right now,
otherwise you'll run out of time-

"Hazel! Hazel!" Hazel berpaling ke belakang apabila namanya dipanggil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hazel! Hazel!" Hazel berpaling ke belakang apabila namanya dipanggil. Kelihatan figura Lucas yang berlari anak menuju ke arahnya.

Lucas memeluk leher Hazel. Tali begnya dipegang.

"Kau tahu..."

"Tak tahu." Lucas menarik pipi Hazel kerana memotong percakapannya.

"Dengarlah dulu. Kau tahu..."

"Tak tahu."

"Hazel!" marah Lucas.

Hazel tergelak kerana dapat mengusik jejaka itu. Lucas membuat muka masam.

"Ya, lah. Cakaplah apa kau nak cakap." kata Hazel.

"Kau tahu yang berita budak kelas kau kena prank dah tersebar satu sekolah." ujar Lucas dengan nada perlahan.

Hazel memandang Lucas.

"Ya, ke?" Hazel berbisik perlahan.

Lucas mengangguk perlahan. Dia menyua tapak tangannya lalu Hazel menepuk telapak tangan Lucas. High five!

"Confirm selepas ini Mr. Freddie target aku." ujar Lucas. Membulat mata Hazel.

"Lucas kesiannya kau. Kau tak takut, ke?" tanya Hazel risau.

Lucas tersenyum lalu menarik pipi Hazel.

"Comellah kau ini. Risaukan aku pula."

Hazel menepuk tangan Lucas.

"Main-main lah kau ini." Lucas tersengih.

"Relax lah. Aku dah biasa. Tak kantoi punya. Lagipun cctv dekat koridor itu rosak."

"Ya, ke?"

"Sebenarnya aku simbah cat dekat cctv itu." bisik Lucas.

Hazel menepuk belakang badan Lucas kuat. Lucas menyeringai sakit. Boleh tahan padu juga.

"Kau ini jahanamkan harta benda sekolah pula." Lucas mengangkat bahunya.

"Sekolah kaya. Siapa kisah?" balas Lucas selamba.

"Hish! Kau ini!" Ditepuk sekali lagi belakang badan Lucas dengan kuat. Lucas mengusap belakang badannya sambil tergelak.

"Baru aku perasan. Lambat kau pergi sekolah? Selalu pukul 7 dah tercongok dekat sekolah." ujar Lucas. Jam di tangannya dipandang. 7.53 pagi. Nasib sudah masuk ke dalam sekolah.

"Aku lupa set alarm. So lambat bangun." Hazel tersengih. Semalam balik sahaja dari keluar bersama empat jejaka itu, terus dia terbongkang di atas katil kerana kepenatan.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now