#PokokMati

379 26 0
                                    

Wanita
Apa beza dengan pokok mati
Dengar sini
Bila soal hati cerita lelaki
Sanggup beri hati ikat cinta-
gadai maruah pakej sekali
Bila janji tak dipenuhi
mula meroyan merayu kembali
Sudah jelas cinta yang ditawarkan- cinta basi
tiada jaminan untuk esok hari- mahupun seminit sebentar lagi
Tapi otak kau yang tinggi- diletak bawah tapak kaki
Terima saja asal janji membungakan hati
asal sepasang mata mampu mendebarkan hati
daun gugur dan kau mula menggigit jari
dahan mula jatuh satu persatu lalu mati
Sama saja seperti kau-
kerna lelaki, rela diri jatuh berkali-kali
Teraba-raba benih baru digembur kali ini,
sumpah janji konon mahu hidup kini-
tanpa udara cinta lelaki
Singgah sekejap cinta palsu lelaki,
beri kasih bancuh cinta tiruan sekali,
biar terlihat kukuh cinta yang diberi.
Padahal sikit punya rapuh dan kau terus jatuh lagi.
Kau terus dan terus rela jadi boneka lelaki;
sesal sebentar dan kau teruskan lagi.
Permainan ini akan berterusan hingga mati-
jika kau tak sedar ini alat permainan kegemaran lelaki.
Mempermainkan gadis sunti yang berterusan memurahkan diri.

Sedar sayang wahai bidadari,
kau mahal lagi sebaik-baik perhiasan,
kau tercipta untuk raih cinta Ilahi,
Jadi mahalkan dirimu, jauhkan diri dari sia-sianya cinta palsu lelaki.

Salam sayang semanis coklat dari Gadis Turkey :)

Puisi CabukWhere stories live. Discover now