Takkan-lagi-menggangu

43 3 0
                                    

Maafkan aku yang dulu
meriuhkan telingamu
menyesakkan dadamu
beria mencari perhatianmu
memaksakan kau menjadi milikku
terlalu mahu matamu penuh dengan bayangku

Maafkan aku
Aku takkan lagi menjadi beban ragamu
Aku akan turutkan tiap mahumu
Untuk tiap memori dihapus dan rasa ditimbus

Maafkan aku terdalam rindu
Maafkan aku tak mampu berhenti mencintaimu
Tapi aku janji kali ini cintaku takkan mengganggu bahagiamu
Aku akan mencuba terus belajar menerima bahawa kau hanya hadir untuk dicintai tanpa dimiliki
Dan aku hanya bisa mencintai tanpa memiliki

Sekarang cinta ini sekadar dari jauh
Aku takkan berebut lagi menyandar disemua ruang dihatimu
Telah ku melangkah keluar sekadar melihat dari jendela
Ku persilakan sesiapa menetap didalamnya
Dan aku persilakan jiwaku berantakan menggila

Friday/ 5 Oct, 2018/ 2.21am
Yang jujurnya aku rindu
Kerna itu aksaraku berintikan kamu
g a d i s t u r k e y

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 05, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Puisi CabukWhere stories live. Discover now