Salah

331 22 0
                                    

Hati;
memang sifatnya berbolak-balik
Tapi kalau kau dah punya dia
Masih mata memandang yang lain
Jiwa bergetar lagi melihat disana
Ikhtilat tak jaga

Jangan disalahkan sifatnya hati
Kalau kau sendiri taktahu; apa erti setia
apa erti cinta;
Mudahnya,
salah kau buat; diletakkan pada sifat

Rasa dia bukan yang terbaik;
kerna kau belum berhenti mencari walau sudah berjanji sehidup semati

Terima dia seada dirinya
Baiki salah dan bina hidup bersama
Bukan kau bermesra semua
Dan kau pilih seenak rasa
Sampai masa dia dan dia kecewa

Dan kau;
belum tentu bahagia
Jangan lupa konsep dunia;
kau tak selamanya bahagia- dan dia tak selamanya derita

Meriahnya jiwa mahu semua; mahu yang sempurna
Sedang kau jua banyak cela

Mari kau cuba persendakan cintanya
Lihat nanti apa yang bakal menyinggah
Mungkin lebih hebat deritanya
Jadi silakan jika kau sudah sedia;
untuk berderita hebat dari rasa yang kau beri

Puisi CabukWhere stories live. Discover now