Ku Cuba

70 5 0
                                    

Aku cuba mengundurkan langkah
Walau ku tahu langkahku sudah jauh
Bukan mudah semua ini bagiku
Tapi demi melihat kamu bahagia
Aku tetap terus mencuba
Walau ia berat sekali

Aku tetap cuba untuk tidak menyebut nama indahmu
Aku cuba ajar hati untuk tidak perlu merinduimu
Aku terus memujuk kotak fikiranku untuk tidak lagi membiarkan kamu bertempat disitu

Malangnya
Segala usahaku lebur begitu sahaja
Meski berjuta cara ku cuba
Namun satu pun tidak berhasil
Lalu aku jatuh dalam gaung yang penuh kekecewaan
Tertimbus aku dihenyak pengharapan penuh kepalsuan

Kota Oyster// Mon, 2016 Oct 3

Puisi CabukWhere stories live. Discover now