Bab 1.

30.6K 775 123
                                    

Aku mengetuk-ngetuk hujung mata pen biru milikku di atas meja. Keluhan yang aku tahan, terus aku lepaskan begitu saja. Sungguh aku tak menjangkakan yang kehidupan pada alam remaja ini lebih mencabar daripada biasa. Oh, lupa nak cakap. Umur aku akan genap 13 tahun dalam masa 10 hari lagi. Tak lama lagi, aku akan bergelar sebagai gadis remaja, bukan lagi sebagai kanak-kanak perempuan. Aku menghela nafasku untuk kesekian kalinya. Kalau boleh, aku mahu saja putar kembali masa, sewaktu aku masih lagi di tadika. Di tadika, aku tidak perlu belajar bagai nak rak, macam yang sekarang ini. Perkara yang penting pada waktu itu hanyalah setiap pelajar faham dengan subjek yang diajar oleh guru dengan cara yang menyeronokkan.

" Aira, janganlah tertekan sangat. Kau ni serupa mati laki aku tengok. " gurau Zira.

" Diamlah. Aku bukannya tertekan, cuma mengenangkan nasib kita sebagai pelajar. Kita kena belajar betul-betul sekarang untuk menjamin masa depan yang cerah. Lagipun, anak mana yang nak hampakan ibu bapa? " balasku perlahan lalu aku alihkan pandanganku ke arah luar kelas.

Aku perhatikan setiap pelajar yang lalu-lalang di hadapan kelas kami dengan mata yang terkebil-kebil. Ya, aku masih lagi mengantuk dan ini adalah cara paling mustajab bagi aku untuk kekal celik. Di sana, aku dapat lihat sekumpulan gadis berbaju kurung sedang bergelak-sakan tanpa mengendahkan pandangan tajam yang dilayangkan oleh pelajar-pelajar yang sedang khusyuk mengulang kaji. Kadang-kadang aku terfikir, macam mana mereka boleh ada tenaga sebanyak itu di pagi hari?

Sedang aku leka memerhatikan gerak-geri mereka, bahuku ditepuk perlahan oleh Izzah. " Dah nak pukul 7.20 ni. Rasanya kita boleh gerak dewan sekarang. Aku tak nak kita kena denda dengan Cikgu Jesnita macam hari tu."

Aku hanya mendiamkan diri dan tidak mahu menjawab kata-kata Izzah. Tubuhku tidak bermaya dan aku malas mengerahkan segala tenagaku untuk sertai perhimpunan pagi. Semua ini gara-gara kerja sekolah yang Cikgu Nik bagi! Kalau bukan sebab itu, aku tak akan berjaga sampai pukul 2.30 pagi. Sudah lah aku masih lagi dikategorikan sebagai murid darjah enam dan belum genap tiga belas tahun lagi. Walaupun aku sedar yang aku memiliki ketinggian 161 cm namun bagiku, aku tetap seorang kanak-kanak ribena.

Setelah melihat aku tidak berganjak dari tempat duduk, Izzah dan Zira mula menarik tubuhku. Aku hanya membiarkan saja. Rasa seperti mahu pengsan pun ada sekarang ini. Kalau bukan sebab mereka yang menahan tubuh kecilku ini, mungkin aku sudah melihat bintang bergelipan di kepala sekarang. Segera aku melontarkan fikiran yang sebegitu dan aku tetap mara melangkahkan kakiku ke hadapan walaupun tubuhku seakan mati rasa.

Tiba-tiba ada satu suara menyapaku, " Kamu okay tak, Munirah? " aku mengangkat kepalaku dan melihat Cikgu Danial memandangku dengan pandangan yang agak risau. Bila masa dia ada dekat sini? Soalku di dalam hati.

Aku hanya menganggukkan kepalaku dan menghiraukannya. Bila aku cuba untuk berjalan semula, aku dapat rasakan badanku ini tidak berdaya untuk menampung diriku untuk berdiri tegak lagi. Akhirnya, aku melayang pergi ke pintu syurga kononnya, padahal terjatuh dan disambut sepenuhnya oleh Cikgu Danial. Aku tercengang untuk seketika. Mata kami berdua mula bersu. Dapat aku lihat dia memandang mataku tajam. Perasaan gugup yang tiba-tiba hadir terus buat aku sedar dan mengangkat diriku darinya.

Dia memandangku dengan tenang lalu berkata, " Kamu tak okay ni. Baik pergi bilik kesihatan. Nanti cikgu cakap dekat Cikgu Jesnita yang kamu tak sihat. Kamu nak cikgu tolong pimpin kamu pergi sana? " Terus aku  menggelengkan kepala dengan muka yang tidak berperasaan.

Dia membuang muka ke tepi dan mula beranjak pergi sambil menarikku ke bilik kesihatan secara paksa. Apabila kami sampai di depan pintu bilik kesihatan, dia meninggalkan dunia. Eh, bukan. Dia meninggalkan aku untuk memaklumkan Cikgu Jesnita tentang keadaan diriku.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now