Bab 27.

9.9K 406 54
                                    

10 Mac 2013

" Amar! " laung satu suara.

Segera pemilik badan tersebut berpaling dan tersenyum apabila melihat gerangan yang memanggilnya itu. Ya, pemanggil tersebut adalah Aira Munirah. Gadis cilik periang yang sungguh mencuit hati.

Gadis itu berlari ke arahnya dengan girang sekali. Tangannya pula diletakkan di belakang kerana sengaja menyorokkan sesuatu daripada Amar. Amar menjungkitkan sebelah keningnya apabila melihat tangan gadis cilik miliknya itu berada di belakang sejak tadi. Selepas berfikir sejenak, dia tersengih nakal. Idea itu timbul di kotak fikirannya.

" Rara, mari sini sekejap. Berdiri depan Amar, okay? " pintanya.

Aira hanya mengikut arahan dan berdiri betul-betul di hadapan Amar. Amar semakin melebarkan senyumannya. Dia mendekatkan mukanya sehingga hidungnya berlaga dengan hidung milik gadis tersebut. Gadis itu tersentak dan cuba melangkah ke belakang namun ditahan dengan tangan Amar yang tangkas mengunci bahunya.

Matanya tajam memandang mata sepet milik Aira. Aira seakan terkaku di situ. Pipinya juga mula merona. Amar mendekatkan mukanya lagi sehingga,

" Amar! "

Kotak hadiah yang berada di tangan Aira diraih dengan senangnya. Amar hanya mampu tergelak kecil dan mula melarikan diri. Aira mengerutkan dahinya tanda geram dengan sikap Amar itu. Matanya cuba mencari sesuatu benda untuk dilampiaskan kemarahannya itu. Sehinggalah pandangannya tertancap di bawah kakinya.

Sebuah tin minuman.

Lantas, tin di kaki diambil dan dibaling tepat ke arah Amar yang sedang sibuk berlari meninggalkannya.

" Aduh! "

Amar jatuh bergolek di atas rumput yang menghijau itu sambil memegang kepalanya. Aira segera menghampirinya. Gadis itu tersenyum kecil sebelum menarik tangan Amar sehingga dia memandang dirinya.

Rambutnya dielus oleh tangan lembut miliknya. Tatkala dia menghembus-hembus di bahagian kepala milik Amar yang membengkak itu. Amar hanya mencebik manja. Mereka kelihatan seperti pasangan yang paling bahagia walaupun hanyalah pasangan cilik.

" Happy birthday, Amar. And, sorry pasal tadi. Macam tak matang je perangai Rara. " ucap Aira sambil tersenyum manja.

" Sama-sama, baby. Pasal tadi, Amar tak marah. Cuma, janji jangan buat lagi, okay? "

Dia mengangkat jari kelingking (?) dan satukannya dengan jari milik Aira.l

Pinky promise terjalin.

" And, satu lagi. " katanya. Ia membuatkan Aira mengedipkan matanya beberapa kali.

" Baby Amar ni, takkan pernah matang. Ingat tu. "

Dia melihat ke dalam mata Aira sambil mengusap lembut pipi tembam milik gadis tersebut.

Perbezaan umur sebanyak setahun itu cukup membuat ramai yang cemburu dengan perhubungan mereka. Gadis cilik yang berumur 11 tahun itu bersama pasangannya yang berumur 12 tahun itu sangat secocok, bukan? Namun, perhubungan tersebut hanyalah untuk sementara sahaja.

Tiada siapa yang dapat menduga apa yang akan terjadi selepas itu.

****

2 Mei 2013

" Happy Birthday, Aira! " jerit rakan-rakannya.

Aira tersenyum bahagia. Dia cuba mencari sosok seseorang, namun hampa. Sosok yang dicarinya tidak ditemui. Dia hanya menarik senyuman palsu di hadapan rakan-rakannya sehinggalah satu suara membuatkan dia tersenyum lebar kembali.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now