Bab 18.

12.9K 317 51
                                    

" Bunuh mereka sekarang. "

Haha. Cak! Aku memang tak tidur pun tadi. Dunia aku gelap sebab tutup mata. Jangan salah faham ya. And, apa maksud dia dengan bunuh mereka sekarang? Dia nak bunuh siapa?

Aku memejam mataku dengan erat apabila terasa hembusan nafasnya di leher jenjang milikku.

" Open your eyes. " pintanya.

Aku terus membuka mataku seperti yang disuruh. Kelihatan dia sedang tersenyum menggoda sambil meniup-niup leher jenjang milikku. Aku hanya menggigit bibir menahan rasa geli.

" Sayang dengar ke perbualan tadi? " eh? Kenapa lembut semacam? Tadi bukan main ganas.

Aku hanya menggelengkan kepala lalu mencebik. Oh, wait. Dia lembut ni pun hanya bersebab. Jangan terjatuh dalam perangkap dia, Aira.

" Hem. Okay. Maaf sebab berkasar dengan sayang tadi. Abang tak sengaja. " dia mencium ubun-ubunku.

Dia memintal-mintal rambutku. Dahiku dicium sepintas lalu tanganku diraih dan dilepaskan dari gari yang asyik mencengkam tangan mungilku ini. Dia mengambil tanganku lalu melihatnya. Dia mengurutnya perlahan. Aku cuba untuk melihat dan aku agak terkejut apabila kesan lebam memang jelas kelihatan.

Aku meringis perlahan apabila dia tertarik tanganku. Dia meminta maaf berkali-kali. Tubuhku diangkat perlahan dan diletakkan di atas pangkuannya. Dia memandang mataku dan dapat aku lihat matanya berair seolah-olah menahan gelojak perasaan yang tak pernah aku lihat iaitu sedih. Bagaimana perasaan sedih itu boleh hadir untuk manusia seperti dia?

" Sayang, maafkan abang. Abang banyak bersalah dengan sayang. Abang nak minta ampun dengan sayang. Abang tak mahu sayang tinggalkan abang. Semua yang terjadi 2 tahun yang lalu adalah kesilapan abang. Abang tak sepatutnya hadir dalam hidup sayang. Abang- "

Dia terus menyembamkan mukanya ke arah leherku lalu menangis di sana. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasakan ada satu perasaan kasihan hadir apabila melihat dia menangis sebegini rupa. Tak pernah dia menangis sebegini. Tanganku diangkat dan kepalanya aku usap perlahan. Dia memeluk tubuhku erat.

" Maafkan abang. Sayang hinalah abang. Cerca dan kutuklah abang, abang tak kesah. Abang berhak dapat semua itu selepas apa yang abang dah buat. Tapi, tolong. Jangan sesekali tinggalkan abang. " dia menangis teresak-esak.

" Abang. Sudahlah. " jawabku perlahan.

Tak salah bukan kalau aku rasa kasihan dan rasa simpati dengan dia?

Tanpa aku sedari, dia sedang menyeringai jahat di sebalik tangisan itu.

****

" Abang! Abang! " jerit Puan Allysha.

" Kau senyap! Danial perintahkan aku untuk bunuh kau, Hafiz. Dia suruh aku sampaikan pesan yang anak kau baik-baik saja dengan dia. Jangan sibuk pasal hidup dia. Goodbye, Hafiz. "

Bunyi peluru pistol dilepaskan kedengaran. Puan Allysha hanya mampu meraung apabila melihat suaminya mati di hadapan matanya. Badan yang tak bernyawa itu direngkuh erat olehnya.

" Abang! Bangun, abang! Jangan tinggalkan saya! "

" Abang, kita dah janji nak tengok Aira membesar sama-sama. Abang, tolonglah bangun. Aira perlukan kita. " sambung Puan Allysha lagi.

" Jangan risau, kau pun akan ikut jejak suami kau. Kau tak perlulah nak risaukan Aira sebab dia selamat dalam rangkulan seorang mafia yang bernama Danial Iskandar. Dan, Aira tak perlukan kau lagi sebab dia sudah ada Danial. "

Zahier menarik picu pistol dan tubuh Puan Allysha jatuh di atas tubuh suaminya, Hafiz. Ya, ibu dan ayah kandung kepada Aira Munirah.

" Dude, dia tak sempat lagi bagi kata-kata terakhir. Ish. " Harris mengeluh melihat sikap Zahier yang tidak berubah.

" Argh, biarlah. Aku tak kesah. Kau tarik budak Amar itu ke sini. " perintah Zahier. Harris mencebik lalu menarik tubuh Amar yang tidak berdaya selepas dibelasah tadi.

" Sorrylah sebab kau terpaksa mati awal. " Harris meminta maaf.

" Tak perlu minta maaf. Ini sebab time kau kecil-kecil dulu dah pandai nak bercouple dengan dia dan curang dengan dia. " Zahier terus memintas kata-kata Harris.

Zahier terus melepaskan beberapa tembakan ke arah Amar tanpa belas kasihan. Mungkin sebab Zira tak mahu bercakap dengan dia lagi, mungkin?

" Amar! " kedengaran suara jeritan nyaring milik, Aira?

" Apa semua ni, Danial? Tell me. What the fuck is going on?! " jeritnya. Oh, dia dengan Danial rupanya.

" Abang- "

" Ma, Pa! "

Tanpa menghiraukan kata-kata Danial, Aira terus menghampiri kedua-dua tubuh yang tidak lagi bernyawa itu. Dia menangis dan meraung dengan kuat sekali. Raungan sedih yang bakal menyayat hati sesiapa sahaja.

Tubuhnya ditarik oleh Danial daripada kedua-dua tubuh tidak berdaya itu. Muka Aira disembamkan ke arah leher Danial apabila Danial mengangkatnya secara bridal style.

Jam ditangan hanya dilihat sekilas. Tepat pukul 12:00 a.m . Aku memandang Zahier. Dia hanya memandangku dengan tatapan dinginnya.

" Happy Birthday, Aira. " Aku dan Zahier mengucapkannya serentak. Lagi kuat tangisannya kedengaran. Danial hanya tersengih kecil lalu berlalu pergi bersama tubuh mungil Aira.

****

" Aira, talk to me. " panggilnya.

" Hm. " aku hanya bergumam kecil lalu kembali termenung.

" Teringat pasal tadi, hm? " tanya dia sambil memeluk bahuku.

" Hm. " aku bergumam sahaja. Malas nak bercakap dengan dia. Penat. Kali ini, aku memang hilang segala-galanya. Kehidupan aku yang bahagia dan ibu bapa aku. Hilang sekelip mata. Please bagi Danial tepukan yang paling gemuruh sebab berjaya patahkan hati aku.

" Aira. " panggilnya lagi.

" Danial, boleh tak senyap. Aku penat. " balasku dingin tak berperasaan.

Diam. Sunyi sepi. Bagus. Dia hanya memandangku tanpa rasa bosan. Jiwaku kini terasa kosong. Sangat kosong. Entah kenapa aku rasa ingin berteriak kepada dunia yang betapa tidak adilnya kehidupan aku ini. Betapa hancurnya hatiku ini. Betaoa peritnya jiwa apabila melalui semua ini dalam usia yang sangat muda. Aku mengeluh.

" Danial, aku nak aiskrim. "

Dia tersenyum kecil lalu pergi meninggalkan aku buat seketika.

" Sayang duduk sini dulu. Abang nak beli aiskrim dekat kedai depan sana. "

Dia terus berlalu pergi selepas mengambil kesempatan dengan mencium bibirku. Aku terus mengelap bibirku kasar. Tiba-tiba, aku terfikirkan sesuatu yang memang sangat gempak kalau difikirkan semula.

Waktu sebeginilah yang diperlukan untuk aku melarikan diri!

****

A/N: Hello! Us meet again mahgad! Hope korang sihat walafiat. Me here doing my best untuk edit and update lagi. Im sorry sebab lambat update untuk pembaca baru. Me such a bad gal, ik. Sorry 😭

Btw, kalau you all bosan tunggu i update, bolehlah baca cerita baru I.🌚

Payung | Taehyung BTS💚💛💙

If u all nak baca, u can baca and tolong vote and komen sekali eheks.😋

Well, apa-apapun, jangan lupa vote dan komen bab ini ya!😋💍😉

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now