Bab 46

4.5K 185 27
                                    

Air muka Aira aku tenung lama. Entah kena firasat aku mengatakan dia ada buat sesuatu di belakangku. Tapi aku tidak mahu menuduh secara melulu tanpa bukti yang nyata. Aku perlukan bukti untuk gertak Aira. Wajah polosnya yang seakan tidak tahu apa-apa itu pernah membohongiku dulu. Aku tidak mahu tertipu dengan helah dia lagi.

" Aira. " panggilku lembut.

Aira yang sedang membaca novel terus menoleh ke arahku. Dahinya dikerutkan. Aku hanya menggeleng perlahan lalu tanganku mengarahkannya untuk mendekatiku. Dia memandang tanganku sejenak sebelum meletakkan novel yang dibaca ke atas meja kopi dan berjalan ke arahku.

" Hm, kenapa? " tanyanya berhati-hati. Mungkin dia tak mahu membangkitkan kemarahanku seperti sebelum ini. Aku hanya tersenyum kecil dan menarik tubuhnya agar duduk di pahaku. Dapat aku dengar rintihan kecil terkeluar dari bibir mungilnya ketika tubuhnya jatuh di pahaku. Tangannya automatik memegang bahuku, mungkin mahu mengimbangkan dirinya. Entahlah.

Kepalanya yang menunduk itu aku angkat agar menatap wajahku. Dia hanya terpinga-pinga. Aku rasa dia tak faham dengan apa yang aku lakukan sekarang. Baguslah, sebab aku tak nak dia tahu. Tanganku terus mengusap pipinya yang bulat itu. Bibirnya aku pandang sekilas. Warnanya merah macam buah ceri. Nampak manis di mataku. Kalau bukan kerana aku masih musykil dengan perlakuannya petang tadi, sudah lama aku jadikan bibirnya itu santapan bagi bibirku yang lapar ini.

" Aira, abang nak tanya sesuatu. " kataku.

Dia mengerutkan dahinya lalu bertanya kembali, " Erm, nak tanya apa?  "

Aku menghela nafas seketika. Wajahku didekatkan ke wajahnya sehingga hidung kami bersentuhan. Pipinya mula merona, sungguh comel di mataku tapi nanti dulu. Ada perkara yang lebih penting yang aku perlu buat sekarang.

" Sayang, ada buat sesuatu di belakang abang ke dekat taman tadi? "

Matanya membulat. Rona merah di pipinya mula pudar. Pipi yang hangat tadi perlahan-lahan menjadi sejuk. Sial, sudah aku duga dia ada buat sesuatu.

" Tak, langsung tak. Abang dengan Aira dari tadi, kan? Tak mungkin Aira dapat buat sesuatu. Tak mungkin. " katanya cuba membela diri.

Dia cuba menjauhkan kepalanya dariku tapi tanganku segera menahannya.

" Kalau betul Aira tak buat apa-apa tadi, kenapa Aira pucat? " tanyaku lagi, cuba menyudutkannya agar dia mengaku.

Aira terus menghempas tanganku ke tepi. Dia terus berdiri di hadapanku. Matanya juga sudah berkaca-kaca ketika memandangku.

" Aku tak faham lah. Aku kena buat apa lagi supaya kau percaya aku, Danial? Tak cukup lagi ke kau rampas dara aku? Tak cukup lagi kau bunuh mak bapak aku? Tak cukup lagi ke kau bunuh kawan aku? Kau nak apa lagi dari aku? Apa lagi yang kau tak puas hati, hah?! " jeritnya dengan air mata yang sudah berlinang di pipi.

Aku tersentak ketika melihat air matanya yang jatuh berguguran tapi rasa ini, patut aku tahan sampai aku dapatkan kebenaran kata-katanya itu.

" Jangan cuba tukar topik, Aira. Abang tahu yang Aira ada buat sesuatu tadi. Kalau Aira mengaku sekarang, abang janji takkan sakitkan Aira. Okay, sayang? " pujukku sambil memegang kedua-dua belah pipinya.

Sekali lagi, Aira tepis tanganku. " Kalau ya, mesti kau nak pukul aku, macam apa yang kau selalu buat, kan? Lebih baik kau bunuh aku. Aku tak nak hidup macam ni lagi! "

" Aira, tolong- "

" Tak! Aku tak faham kenapa kau beria nak cari salah aku. Kau tak rasa bersalah ke dah hancurkan hidup aku? Lepas tu kau tuduh aku macam-macam. Mana rasa simpati kau? Mana? Aku penat, Danial. Tolonglah. Perkara terakhir yang aku nak sekarang ni, tak nak kena seksa lagi. Tolonglah berhenti. " rayunya lalu melutut di atas lantai.

Aku cuba memandang ke arah lain. Sungguhpun aku kasihankan Aira, aku tidak boleh dibodohkan lagi dengan drama air matanya. Boleh jadi sekarang ini hanyalah lakonan semata-mata. Aku kena tegas supaya dia tahu siapa yang berkuasa dalam rumah ini.

" Abang tetap tak percayakan Aira. Abang tahu, Aira ada sorokkan sesuatu daripada abang. Abang harap Aira mengaku sebab abang sayang Aira. Abang tak nak Aira terluka gara-gara kebodohan Aira sendiri. " balasku.

Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya. Matanya tajam melihatku. Air mata masih lagi jatuh di pipinya. Mulutnya terbuka kecil lalu, " Bunuh saja aku. Aku tak sanggup dah hidup macam ni lagi. "

Aku memandangnya tidak percaya. Degil sungguh gadis di depanku ini. " Aku takkan bunuh kau, Aira. Aku akan pastikan kita hidup bersama-sama selamanya. Oh ya, kalau aku tahu kau ada buat sesuatu, aku takkan teragak-agak untuk seksa kau lagi. Macam yang biasa aku buat. "

Raut wajah kecewa di mukanya terlihat. Aku lihat dia seakan-akan mahu mengatakan sesuatu tapi dia memilih untuk mendiamkan diri.

Argh!

Aku malas nak ambil peduli lagi. Aku tahu dia tipu aku. Firasat aku tak pernah salah. Tapi, jujur hati aku sedikit sebanyak berharap yang firasat aku ini salah. Aku pun sudah penat nak seksa dia lagi. Aku nak dia bahagia dengan aku. Tapi, kalau jalan ini yang dia pilih, aku terpaksa.

****

" Kau ada tak benda tu? "

Izzah yang terdengar suara seseorang itu terus menyorok di belakang tembok. Sebenarnya dia mahu ke dapur untuk melegakan rasa haus di tekaknya tapi tiba-tiba dia terdengar suara yang familiar sedang bercakap di telefon. Jadi, dia ambil keputusan untuk curi-curi dengar perbualan tersebut.

" Aku sanggup bayar berapa pun untuk pil tu, asalkan kau boleh dapatkan pil tu untuk aku. " kata Harris.

Lelaki yang sedang menelefon seseorang itu Harris. Izzah yang mendengar perbualan itu hanya mengerutkan dahi. Pil? Pil apa eh? Sejujurnya Izzah kurang mengerti dengan perkara yang dibualkan Harris di telefon itu. Tapi, dia tetap mahu duduk di situ sehinggalah perbualan itu habis.

" Ya, aku tahu aku bodoh. Aku lupa nak pakai kondom. Kalau aku tahu, aku akan sediakan benda tu sekotak penuh. " kata Harris lagi.

Kondom?

" Aku tak tahu kalau dia hamil ataupun tidak tapi aku nak ambil langkah berjaga-jaga. Aku tak nak ambil risiko kalau dia mengandung. Aku masih tak puas untuk enjoy. " jelas Harris.

Air muka Izzah terus berubah. Izzah tahu yang Harris dan orang yang berada di talian itu sedang bercakap tentang dirinya. Sumpah dia tak sangka yang Harris tidak mahu bertanggungjawab jika dia hamil. Siapa Izzah dalam hidup Harris sebenarnya? Pelacur dia kah yang dia boleh bawa main sesuka hati?

" Iya, kalau dia mengandung sekalipun, aku akan pastikan dia gugurkan kandungan dia. Jangan risau lah. Dia sayang aku. Dia akan dengar cakap aku. Kalau aku dah sedia untuk ada komitmen, aku akan bertanggungjawablah. Macam lah tak biasa. Hahaha! " gelak Harris tanpa rasa bersalah.

Seandainya dia tahu yang Izzah sudah dengar segalanya. Izzah terus mengepalkan tangannya menjadi sebuah penumbuk. Sungguh dia rasa tertipu. Kalau dia tahu, dia takkan mendesak Harris untuk berkahwin dengannya. Harris bukanlah orang yang baik untuknya. Harris bukan manusia, dia binatang! Sanggup dia berniat nak bunuh bayi dia sendiri? Dia memang binatang!

Rasa sayang yang baru terbit untuk diri Harris terus lenyap sekelip mata. Izzah terus berlalu pergi tanpa melegakan tekaknya itu. Otaknya yang bergeliga itu terus merangka pelan untuk menyelamatkan dirinya daripada hidup bersama Harris sebagai pemuas nafsu dirinya.

Aku takkan hidup dengan kau, Harris. Takkan!

****

A/N: Hai gais! Salam ramadhan bagi yang berpuasa. 😊 Btw, I dah siapkan ending but I tak tahu bila nak publish hahahaha. Sorry for the late update. I hope yall tak tertunggu lama sangat hehe. I hope u enjoy this bab. Oh ya, if this bab tak sampai 200 vote, I malas nak publish bab seterusnya. Hehe, I need vibe yang hype gitu untuk habiskan cerita ni since this story tinggal lagi 4 bab untuk habis. I'm sorry if yall rasa terbeban. I'm really sorry.

Oh ya, kalau ada yang bosan tunggu cerita ni untuk update, korang boleh lah baca cerita I yang lain. I will paksa myself untuk update other stories too.

Hope you gais enjoy your ramadhan.

Don't forget to vote, comment and share okay!

Salam sayang semua 💜💙💚

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now